Monday, 10 October 2011

My First Sem Break :)

Salam alaik sayang :) 
Memang da berkurun blog ni ditinggalkan. Nvm, first of all sayaa sangat happy dan bersyukur sebab sayaa dapat habiskan sem satu UITM dengan jayanyaa. Ops belum dengan jayanyaa :p Masa masuk UITM dulu pun tak sempat online because I was very very very busy with my schedules there :(

Banyak cabaran mendatang. Tapi itulah yang menjadikan hidup lebih berwarna warni dan membuat kitaa lebih berfikir dan dewasa. InsyaAllah. Think positive, trust in Him. Remember! Always! ^_^


Lepas masuk UITM saya rasa macam, wow sayaa da jadi mahasiswi ka? Haha jakun tau :p Dulu masa secondary school rasa macam kagum sangat tengok orang masuk u. Sayaa terfikir, 'sayaa ni ada chance ke masuk?' Nak masuk u kena genius gila and sayaa ni tak pandai T_T so sadd.

But Alhamdulillah, all praise to Allah. Rezeki masuk sini. Terima seadanya :) And its getting better day by day. About four months study then I had my sem break. Now la sem break >,< hu hu. Alhamdulillah, life at campus basicly okay sangat => I like the environment, roomates, coursemates, lecs and everything. And now I miss my roomates :(  They are such a goodddddddd friends. Tak lupa jugak my clasmates. Dorang pun baik and I got no problem with them. Alhamdulillah :) 

buku biasa je. tapi sangat tough >_<
Tentang study pulak, subject yang sayaa belajar di sana quite okay, Alhamdulillah. Study pun takda stress. Yalaa, part one kan :p Ho ho. But I got problem with account. Sayaa takda basic jadi lambat pick up. And masa final exam paper acc sayaa jawab merepek gilaa :( Sayaa tanak gagal. Tanak repeat :(( 

Hm, forget about it. Dah berlalu pun, tawakal pada Allah, insyaAllah. Now cuti sem duduk rumah. Nikmati cuti apa adanyaa. He he. And bole la kot kalau nak hapdate blog ni. But tak kerap nyaa because sayaa sangat malas menaip. Tapi bila da menaip rasa tanak stop pula :D 

pic ni copet dari abang gugal je. kalau buat tak secantik ni. this is LIE. ekeke :p
Okay, as you see the picture above, adaa blueberry cheesecake kan >_< yum. Daripada tadop kije buleh jadi kije cuti cuti gini. Hee. Tak susa pun nak buat. Ini cara dia ye kawan kawan :P

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum
jem blueberry

Cara-cara

(base)
1. biskut oreo dihancurkan
2. satu cawan majerin yang dicairkan, gaul sebati n tekan pada dasar loyang sebagai tapak atau swiss roll. potong dan susun dalam loyang

Topping

3. biarkan chesse lembut dengan suhu bilik kemudian pukul (boleh guna mixer or blender)
4. masukkan susu dan pukul lagi
5. dah sebati, masukkan telur sedikit demi sedikit
6. masukkan tepung
7. kalau suka boleh masukkan coklat cip atau coklat rice
8. tuangkan dalam loyang berisi biskut atau kek tadi
* hiasan boleh taburkan kepingan badam atau titiskan coklat cair atas kek
7. sedia untuk di bakar. lebih kurang 45 minit, cucuk kek dengan tester atau lidi untuk pastikan kek masak (jika tak melekat pada lidi itu tanda kek dah masak)
8. akhir, tuangkan jem bluberry atas kek. siap untuk di makan :D

too late. sleep tight xD

He he. Okayy rasa macam da takda apa nak diceritaa. Panjang suda ni. Esok esok sayaa cerita lagi. Kalau rajin. Memey rajin :p Daa~ Jaga diri, hiasi peribadi. Senyum selalu ^____^

Love, Wasalam alaik wbt :) 

Tuesday, 5 July 2011

Taknak Nangis T_T

 

Taknak nangis tapi airmata dah ade kat pipi T___T
Jadi ingat Ibu ngan Baba kat rumah
Ibuuuu Babaaaaaa. Ika love you Lillahi Taala.
Dunia akhirat. Forever and always
Sayanggggggggggggg sangatttttttt tauuuu :'(

Rinduuuuu nan membaraaaaa sayanggs
Nak peluk T_T
Iskk iskk isk :'(((

Sunday, 15 May 2011

Sayang Awak Kerana Allah ! ♥

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.


Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.


Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.


Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasa disayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi kalian semua. hidup ini tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti.
belajarlah mengargai semua yang kita ada
ditujukan khas buat semua sahabat sahabat saya yang dikasihi


Sayaa menyayangi kalian kerana Allah SWT (^_^)
Loveeeee, wasalam alaik ♥

Menusuk tepat ke dalam hatikuuuu ~ ♥♥

Tuesday, 10 May 2011

Kau Dan Aku ♥

Kau dan aku
Kita menjadi sepasang tangan
Untuk saling menopang
Atau menjadi sepasang mata untuk setia mengingat
Hidup tak selamanya berjalan lurus
Tak pula selamanya bergelombang
Semua ada masanya


Tersenyumlah ^_^
Sambut suka dan duka sebagai kawan
Hingga kita faham makna kehidupan ♥
Andai sayap hidup kita pernah koyak dan luka 
Tak mengapa itu tanda kita pernah terbang
Jika dalam persahabatan kita bertemu kecewa bahkan ketidakadilan
Juga tak mengapa 
Di sana kita cari erti dan makna persahabatan


Jika perjuangan kita masih gagal
Tak mengapa disitu kita belajar satu hal tentang kehidupan
Tersenyumlah hadapi setiap pembelajaran
Kerana di situ jiwa kita semakin dewasa

Look at the stars. Look how they shine for you and everything you do ^_^
Kita cuba sama-sama yaaa. InsyaAllah. Senyummmm. Suatu saat nanti kita akan faham :)

Tuesday, 3 May 2011

Ibu Dan Baba ♥

assalamualaikum w.b.t!
selak selak diari lama sayaa terjumpa sesuatu. puisi pertama yang saya ciptakan untuk kedua orang tua saya semasa saya di bangku sekolah dulu~
(maksud selak selak diari, diari dalam otak~ hehehe! ^_^)

♥
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah


Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
Besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah
Bila magfirahMu telah mencapai mereka sebelumku :(
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemulianMu
AmpunanMu serta rahmatMu


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih antara semua pengasih
Aamiin Allahuma Aamiin :) 

I LOVE IBU & BABA  :)
For what you have done till now for me

For what you have given me till today

For what you are doing for me

And for what you will do for me :'')
**
p/s : hm~ terlalu banyak yang ibu dan ayah kita korbankan demi kita anak-anaknya. so, kenapa masih ada mereka yang sanggup menghantar mereka di rumah orang orangtua? (tepuk dada, tanya selera~)

mengapa ada juga yang sanggup melihat mereka hidup susah? mengapa keluarga "baru" mu yang kau jaga sepenuhnya?


mengapa isteri kini yang menjadi harta yang lebih bernilai daripada kedua orang tuamu?


mengapa, mengapa, dan mengapa? tidakkah kau ingat kasih sayang mereka kepadamu? lupakah sudah kamu pada pengorbanan mereka? dan pernah sekali kau katakan, "sekiranya aku berjaya kelak, kamu akan hidup senang~" manakah semua kata-katamu itu??
bila hidup senang tanpa ayah dan ibu, bagaikan hidup tanpa cahaya~

Hargai ibu bapa anda sebelum terlambat !! Ingat yea anak anak yang comel sekalian :)


Saturday, 16 April 2011

Amazing Story of Lizard

In order to renovate the house, a man in Japan breaks open the wall.

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.

When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet.

He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?

The lizard has survived in such position for 10 years!!

In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling.

Then he wondered how this lizard survived for 10 years!!! Without moving a single step–since its foot was nailed!

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply. For the lizard, that was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years.
Imagine? It has been doing that untiringly for 10 long years without giving up hope on its partner.

Think, will you do that to your spouse?

Think that will you do it to your Mom,who brought you after a big struggle of nine long months?

Or at least to your dad, friends, co-workers, brothers and sisters?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can’t.

Tuesday, 5 April 2011

Fadhilat Ayat Al-Quran Sebagai Doa :)


1. Menghentikan Anjing Menyalak: Baca surah Al-Baqarah ayat 80-81 sebanyak sepuluh kali

2. Penyayang: Baca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi

3. Mengunci rumah dengan ayat quran: Baca Ayatul Kursi sebanyak 3 kali dan diikuti dengan surah Ar-Ra'du ayat 11 sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah

4. Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan: Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8-9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang

5. Ayat penerang hati: Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di Pagi hari dan awal malam

6. Membuatkan anak tidak degil: Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1-6 dan juga surah al hajj ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

7. Menghentikan Anak menangis malam hari: Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kanan, kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kiri


8. Mengelakan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan: Hendaklah menulis surah al-A'raaf ayat 54 di atas kertas dan direndamkan dalam air dan seterusnya diminum

9. Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa: Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok di tempat yang kena gigit

10. Mengubat orang yang terkena sihir, guna atau gila: Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah Yunus ayat 80 puluh hingga 81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat di luar kawasan rumah yang bersih

11. Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati: Hendaklah membaca surah al-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa

12.Mengelakkan dari sihir: surah Al-Baqarah ayat 285-286..Baca setiap kali selepas solat.

13.Mengelakkan dari gangguan syaitan: surah As-saffat ayat 1-10.

14.Mendapat jodoh & zuriat yang soleh: surah Al-furqan ayat 74.

15. Menguatkan ingatan: Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam Jumaat berturut-turut :-

* Rakaat pertama-surah yassin
* Rakaat pertama-surah ad dhukan
* Rakaat pertama-surah as sajjadah
* Rakaat pertama-surah al mulk