Sunday 15 May 2011

Sayang Awak Kerana Allah ! ♥

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.


Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.


Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.


Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasa disayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi kalian semua. hidup ini tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti.
belajarlah mengargai semua yang kita ada
ditujukan khas buat semua sahabat sahabat saya yang dikasihi


Sayaa menyayangi kalian kerana Allah SWT (^_^)
Loveeeee, wasalam alaik ♥

Menusuk tepat ke dalam hatikuuuu ~ 

Tuesday 10 May 2011

Kau Dan Aku ♥

Kau dan aku
Kita menjadi sepasang tangan
Untuk saling menopang
Atau menjadi sepasang mata untuk setia mengingat
Hidup tak selamanya berjalan lurus
Tak pula selamanya bergelombang
Semua ada masanya


Tersenyumlah ^_^
Sambut suka dan duka sebagai kawan
Hingga kita faham makna kehidupan ♥
Andai sayap hidup kita pernah koyak dan luka 
Tak mengapa itu tanda kita pernah terbang
Jika dalam persahabatan kita bertemu kecewa bahkan ketidakadilan
Juga tak mengapa 
Di sana kita cari erti dan makna persahabatan


Jika perjuangan kita masih gagal
Tak mengapa disitu kita belajar satu hal tentang kehidupan
Tersenyumlah hadapi setiap pembelajaran
Kerana di situ jiwa kita semakin dewasa

Look at the stars. Look how they shine for you and everything you do ^_^
Kita cuba sama-sama yaaa. InsyaAllah. Senyummmm. Suatu saat nanti kita akan faham :)

Tuesday 3 May 2011

Ibu Dan Baba ♥

assalamualaikum w.b.t!
selak selak diari lama sayaa terjumpa sesuatu. puisi pertama yang saya ciptakan untuk kedua orang tua saya semasa saya di bangku sekolah dulu~
(maksud selak selak diari, diari dalam otak~ hehehe! ^_^)

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah


Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
Besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah
Bila magfirahMu telah mencapai mereka sebelumku :(
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemulianMu
AmpunanMu serta rahmatMu


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih antara semua pengasih
Aamiin Allahuma Aamiin :) 

I LOVE IBU & BABA  :)
For what you have done till now for me

For what you have given me till today

For what you are doing for me

And for what you will do for me :'')
**
p/s : hm~ terlalu banyak yang ibu dan ayah kita korbankan demi kita anak-anaknya. so, kenapa masih ada mereka yang sanggup menghantar mereka di rumah orang orangtua? (tepuk dada, tanya selera~)

mengapa ada juga yang sanggup melihat mereka hidup susah? mengapa keluarga "baru" mu yang kau jaga sepenuhnya?


mengapa isteri kini yang menjadi harta yang lebih bernilai daripada kedua orang tuamu?


mengapa, mengapa, dan mengapa? tidakkah kau ingat kasih sayang mereka kepadamu? lupakah sudah kamu pada pengorbanan mereka? dan pernah sekali kau katakan, "sekiranya aku berjaya kelak, kamu akan hidup senang~" manakah semua kata-katamu itu??
bila hidup senang tanpa ayah dan ibu, bagaikan hidup tanpa cahaya~

Hargai ibu bapa anda sebelum terlambat !! Ingat yea anak anak yang comel sekalian :)