Friday 22 November 2013

Cara Simple Jahit Sendiri Tudung Labuh Bulat ^_^



Assalamualaikum~ ^__^ suke menjahit? best tau jahit pakaian. ke tak? huhu. rasa dah sebati dgn hati. bole jadi terapi juga. hee. 2 bulan lepas saya ada jahit dress labuh ni. cantik jugak, bagi saya la :P tp tak pakai pun pegi mana2 sbb dress tu mcm baju kawen. pusing2 dah mcm princess. takkan nak pakai pegi beli barang dapur kot? hehek. simpan je dulu ^_^
                                           
saya ada juga jahit kemeja n seluar utk adik. susah juga eh jahit kemeja! tp alhamdulillah dapat siap dlm 2 minggu gitu. lamakan? tu pun dah guna mesin jahit. kemeja rumit sikit >.< bila siap memang best! ensem adik saya pakai baju tu :P seluar pulak sangat simple dan mudah.

saya berhasil juga jahit 7 helai tudung n 4 niqab waktu cuti ni. beli kain meter murah2 semeter rm5 banyak2 then jahit sendiri. huhu. bukan ape, tudung kedai banyak fesyen kan. selendang, tudung sarung, lilit2 ape semua. harga pun bole tahan mahal. tu yang jahit sendiri. senang, bole terus ikut saiz sendiri jugak! ^_^

sbb ika dah dapat buat tu ika nak la juga share cara2 jahit tudung labuh bulat ni. purdah, maybe next time ika buat eh? insyaAllah ^_^ sekarang kesuntukan masa. tskk~ ika pakai ukuran inci. bole guna tangan kalau takde mesin sebab simple je. ambil masa 20 minit (guna mesin), sejam (guna tangan) kalau if dgn super focus!! ^_^

bahan yg diperlukan:
mesin jahit (kalau ada)
jarum, benang ikut warna kain
gunting kain. bukan gunting kertas tau!
pita ukur inci
kapur tukang jahit utk tanda ukuran atas kain (better jgn guna pensil/pen sbb bole rosakkan kain)
lilin (kalau takde mesin jahit tepi)

 1. amik ukuran tinggi badan dari atas kepala sampai bawah punggung, lebar bahu & ukur lilit dada.


2. ukur kain bidang 60" n potong kain ikut persegi ni. pastikan seswai dgn tinggi, bahu n dada. if berbadan besar ke bg longgar n labuh lg eh sayang ^_^


3. dapat bentuk 4 segi besar kn? lipat jadi 3 segi tapi jgn lipat tepat. lebihkan 4-5 inci utk layer luar. tudung bulat kan 2 lapis. lepas lipat ni jadi tudung bidang 65" pulak kan? ^_^

4. cantum bucu depan. jahit tengah dari bawah leher sampai abis. sbelum tu ukur n pin kat leher dulu nanti tak muat masuk kepala pulak! :P kalau ada mesin lg senang jahit terus straight. pandai kan guna mesin masuk benang atas bawah n dlm sekoci semua tu? jahit tangan pun mudah. cuma perlu kesabaran.

5. last, bentukkan bawah tudung kat bucu depan n belakang. potong separa bulat n kemaskan dgn jahit tepi. potong sikit je tau! kalau takde mesin jahit tepi bole hantar kedai. jahit tepi rm2 je. if xnak jugak ika suggest awak bakar2 sikit guna lilin kat sekeliling tudung tu bagi benang dia tak terurai.

hati2 main api eh sayang! bakar sikit2 je, asal lalu je kat api tu. tauuuu~! dangeroussss niiii. ajar main api pulak, sobsobs~ >.<

tadaaaa~! tudung dah ciapppp~ ^____^ maap la kalau gambo tak berapa faham, tu yang terbaik ika mampu buat. hukhuk.

awak kira eh, semeter kain rm5 dapat create satu tudung. if awak beli kat kedai satu tudung paling murah rm20. so kat sini awak dah jimat rm10! ohsem kan? ^___^ tips nak dapat kain meter murah: cari kat area2 jalan TAR. situ bole nego2 kalau beli lebih dari satu. hee. nagoya pun best. slamat menjahit. tunggu entry jahit purdah n jubah nanti eh.

papai, lelebiu kerana Allah n wasalam. moga usaha kita dapat pahala dariNya n moga menjadi anak2 syurga! aamiin~ aamiin ya mujeeb~ :) :)

p/s: TEMPAHAN MASIH DIBUKA !

PURDAH / NIQAB RM8 sehelai
TUDUNG LABUH BULAT RM18 - RM20 sehelai
SARUNG LENGAN (ada lubang untuk ibu jari) RM7 sepasang
SARUNG LENGAN (lace/renda) RM7 sepasang
SARUNG LENGAN (bermanik) RM8 sepasang
SARUNG LENGAN (biasa) RM4 sepasang

ORDER 5 UNIT KE ATAS:
- dapat diskaun !
- half postage price ! (diskaun 50% kos penghantaran)
- dan dapat free gift besttt ! ^__^

jualan adalah atas permintaan customer (sales on demand) dan fast delivery insyaAllah~!
pertanyaan/order: pm FB/sms/wasap