Sunday 10 November 2013

Rahsia Anak Dara (Girls Only!)


assalamualaikum awak! rasa nak senyummm semedangggg ^____^ macam ada taman bunga dalam hati pastu ada burung berkicau2, ada pelangi. ehe. alhamdulillah Allah bagi happy. sayanggg Allah sangattt!!

saya ada doa dari Al Quran untuk kekal dara & jaga kewanitaan. kalau dah kawen, kekal dara ni maksudnya bukan yang tu, tapi yang tuuu. erm dalam erti kata lain disayangi suami la. paham tak awak? (malu citer lelebih kat tempat public >.< nak bagi gambaran sesikit bagi awok paham. maaf kalau rasa tak selesa. awak ambil sebagai ilmu tau! huhu) dapat dari Dr. Fatma Az Zahra. tu la bestnye Al Quran. macam2 Allah bagi kan? dakwah, nasihat, hukum, cerita, doa, etc. tinggal kita la nak manfaatkan atau tengokkk je.

perhatian! doa ni untuk perempuan sahaja tahu? winkwink! ^_* isteri orang memang bagus amalkan doa ni. anak dara pun baik amalkan dari awal, nanti kawen encik hubby pasti bahagia. insyAllah. takde ruginye bersedia & berusaha dari awal kan? untuk hubby jugak, bukan orang lain. dapat pahala kan? doa senjata orang mukmin. dalam konteks ni, doa dari al Quran ni ofkos la lagi power kesan dia dari minum aurawhite, k-colly, milky G, jamu, kacip patimah ape sume. sume tu memang sangat sedappp dan bagus untuk kewanitaan tapi tak dapat tandingi kalam Allah. kan darling? lets say alhamdulillah~!

 caranya:
lepas isya' ambil air segelas. baca Al Fatihah sekali. ayatul Qursi sekali. surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x. tiup dalam air dan minum. niat dalam hati untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kerana Allah. saya last sekali baca juga doa ni (optional): ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat lemah lembut dan cantikkanlah aku dengan kesihatan luaran dan dalaman. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. aamiin.



doa optional ni awak boleh tukar dengan doa sendiri juga, atopun nak tambah2 ke. kalau tak baca pun tak salah. yang penting steps yang atas tu je. ni ika share if sesape nak doa tambahan. amalkan setiap hari insyaAllah Allah bantu. plus, bila awak amalkan doa ni secara tak langsung awak juga doakan supaya hubby atau future hubby awak tergolong dalam golongan kanan (refer tafsir kat bawah ni) insyaAllah aamiin. subhanallah, ohsemnye! ^_^
buku ni besh!

ayat waqiah tu pendek2 tak susah nak hafal rasanya. lagi2 kita buat hari2. faham dengan makna sekali tau! pastikan niat betul, itu PENTINGGG!! ^_^ kalau niat salah takot dapat dosa pula. contohnya nak cantik sebab nak menunjuk, tarik perhatian lelaki ajnabi (asing) atau nak bagi boipren yang tak halal tambah sayang. pastu guna doa ni. ishh jangan salah guna kalam Allah sayangggg. niat untuk suami kerana Allah eh. segala apa yang kita buat baik tak sia2 kalau niat kerana Allah. kan? Allah tu penuh dengan cinta! ^_*

jaga kecantikan tu perlu tanda kita syukur nikmatNya. tapi bukan untuk tayang sedunia. bagi encik hubby memasing. bolehhh? pastikan hubby yang halal. yang tak halal tak payah ngengada. sape dia yang kita nak zahirkan kecantikan sebenar? sape eh? boleh tak jawab kalau Allah tanya kat akhirat nanti? sobsobb T.T dia bukan sesape pun kan? kan? tinggalkan. tinggalkan yang hitam tu dibelakang. berubah sepenuhnya sebelum maut menjemput. selagi pintu taubat masih terbuka. kita memang selalu buat silap. benar. sangat benar sayang! tapi jangan lupa Allah Maha Pengampun pada hambaNya yang minta keampunan. bercinta dengan Allah best gilew, swearrr! sentiasa bahagia gembira walopun banyak dugaan dan cabaran. insyaAllah ;)

hewhew~
tafsir: 
*dicipta secara langsung, 35: bidadari diciptakan tanpa melalui proses kelahiran dan secara langsung jadi gadis remaja.
*golongan kanan, 38: orang yang terima catatan amalan mereka dengan tangan kanan di akhirat kelak. maksudnya orang soleh dan beriman la.
~ tafsir ika amik dari Terjemahan Bahasa Melayu Al Quran Al Karim (Rasm Uthmani), by Al Hidayah House Of Quran Sdn Bhd

inner beauty is the most important
tak berguna rupa luaran yang cantik
jika hati tak seindah rupa itu
jom sahabat sesama cipta inner beauty
dalam masa sama tak lupa penampilan luaran
dan jaga untuk suami sahajaaa
ingat Allah selalu dalam tiap tindakan
semoga jadi anak anak syurga
papai sayang, salam perjuangan! <3

wherever fine and pure character is present, religion is present
wherever fine and pure character is present, knowledge is present.
[beauty words by sheikh habib ali al jifri]

#setiap nasihat adalah untuk diri sendiri juga ^___^