Saturday 9 November 2013

Camne Nak Hafal Al Quran? (A Guide For Beginner, Like Me by Me!)



assalamualaikum! Allah buat hati terdetik nak share cane nak mantapkan penghayatan kita pada al Quran. dalam 24jam, berapa lama kita dengan al Quran? berapa banyak surah, ayat, makna al Quran yang kita hafal, faham n amal? hurm. skolah rendah dulu 1 muqaddam tu kita hafal kan? sebab hari2 pegi skolah agama. bila dah besor kekadang lupa balik. hehe. tapi jangan biar lupa lelama eh yayang. masa hafal muqaddam tu memang semangat sebab baca reramai ngan ustazah. even hafal muqaddam tapi penghayatan makna agak kurang la kot, bebudak skolah rendah kan time tu. dah besor sume kan, jom teguhkan semula cinta pada kalam Allah ni!

ni hanyalah simple guide utk yg tatau setting masa bila nak baca n cara hafal n hayati isi al Quran. utk beginner la, macam saya juga. kita belajar sesama eh awak? insyaAllah! meh~

a) lepas solat subuh. mulakan dgn hafalan surah. pilih nak hafal ayat atau surah mana. if surah panjang, amik la dalam 20 ayat plus makna. ikut kemampuan. kalau saya, start dari surah hujung2 yg agak pendek tu, mudah sikit (juzuk 30). lepas subuh hafal 1 page. buat hari2. makin panjang surah tu amik la 10 ayat. dengan makna tauuu.

tips hafal:

1. ulang satu ayat 3x sambil pandang kat al Quran tu (bagi serap dlm kepala dgn tanda tajwid sume. hehe)
2. ulang lagi 3x tanpa tengok. tutup mata tau!
3. sama jugak dengan makna dia, ulang 3x sambil tengok, 3x tanpa tengok.
4. ulang sekali gus ayat al quran tadi dgn makna. masuk ayat kedua pun sama camni. ulang sampai habis.
5. hafal + faham + amal

waktu pagi sheswaiii cecangat nak hafal tau yayang. mungkin amik masa dlm 30 minit gitu (depends pada orang). ape sgt 30 minit nak dibanding ngan 24 jam kan? 24 jam sehari tu cukup utk buat segala macam urusan sebenarnya kalau diurus dgn betul. ayat al quran ni pun macam cerita jugak la susunan dia. ada peringkat2. senang nak ingat if kita dapat faham the 'story'.

b) lepas solat zohor. baca Al Quran ikut aturan surah (ni nak bagi khatam) 1 surah sekali baca. kalau panjang bole sambung lepas asar. buat tiap hari dgn makna sekali (tadabbur). moga dipermudahkan utk khatam n hayati Kitab panduan kita ni aamiin ^_* jgn lupa beli penanda buku! tp tafsir sekarang selalunya ada penandakan? hee. jgn sekadar khatam ngaji tau, fahamkan makna juga. lain la kalau awak power bahasa arab takyah baca bahasa melayu. ehe. tajwid pun jaga! kalau tak dapat belajar formal dgn ustaz ustazah better dengar mp3 bacaan surah. download je kat utube. at least bole tau lenggok tajwid dia camne kan. one effort count!

c) lepas solat asar. time ni baca mathurat kan? bagi yg busy maybe tak sempat nak ngaji. kalau tak busy sambung la tadabbur dari yg zohor tadi. buat setengah jam gitu. ikut jadual n kesibukan masing2. hehe. tadabbur ni tak limit masa. bila ada masa lapang je, buatlah. contohnye masa dlm tren, masa takde keje kat umah, anytime. jgn lupa, tiap kali ngaji, baca makna sekali! lagi bagus beli tafsir yang tak kecik sangat, tak besor sangat tu. bole bawak pegi memana. banyak jual kat kedai yg cecantik! ^_^ smartphone, tab, ipad pun ada apps al Quran jugak kan. so suppose to be no excuses. hehe.

omeyyy angatttt. hewhew

d) lepas solat maghrib. bila magrib, bermakna dah bertukar hari kalau ikut jam islam sebab matahari terbenam. (biasanye kan pukul 12 malam baru tukar hari) so lepas magrib ni saya recommed baca surah2 amalan:

* surah ad dukhan (lepas baca surah ni, berdoa supaya Allah ampunkan dosa)
* surah al waqiah (lepas baca, berdoa supaya Allah beri rezeki dan terhindar dari fakir)
* surah al mulk (lepas baca, berdoa supaya Allah pelihara dari azab kubur).

maybe agak panjang bila baca 3 surah ni dlm masa yg berturut tp rasanya time2 camni org dah tak busy sgt. dah malam. tak ke? hee. kalau nak masak dinner ke masak la before maghrib, pukul 6.30 tu ke. maghrib kan dlm kul 7.05 gitu, isyak dlm 8.10 so ape salahnya sementara tunggu isyak kita ngaji surah2 yg panjang ni kan? 3 surah amalan ni amik masa dlm 20 ke 40 minit sekali makna. kan dah terisi masa antara magrib dgn isyak? best kan? ^_*

e) lepas isyak. kalau tak sempat habis surah amalan tadi, sambung waktu ni. hari jumaat pun ada surah yang digalakkan baca. baca surah ni start dari lepas magrib (malam khamis):

* surah al kahfi (berdoa supaya Allah beri nur n dijauhkan dari fitnah Dajjal yang jahat tuh >.<)
* surah ali imran (berdoa supaya tergolong dalam golongan beriman, dapat kebaikan dunia akhirat)

2 surah ni memang sangatttt panjangggg. ika recommend baca surah kahfi lepas isyak. esoknya lepas qiam, lepas subuh or lepas dhuha or bila ada masa free baca surah ali imran pulak sampai habis. tp pastikan sebelum magrib la. macam saya kata tadi, ikut jam islam magrib tu dah bertukar hari. surah ni amalan hari jumaat. jangan tinggal tau! rugi~ huhu.

f) lepas qiam. teruskan hafazan! (sama macam lepas subuh) selain subuh, buat lepas qiam is the best. pilih waktu2 tenang n sunyi. lebih mudah serap. fightingggg! ^_^ owh ye, surah2 yg dah hafal ni utk bagi tak lupa, biasakanlah baca dlm solat. tukar2 baca tiap kali solat supaya maintain ingat. bukan ape, kekadang bila lama tinggal takot lupa balik. practice makes perfectt!

oh ye, pasal surah amalan tu ada dalil2 hadis dia. u can take a look by yourself ;) yeyy dah abis! kita sesama buat eh? tak semestinya orang pegi tahfiz je boleh hafal al quran 30 juzuk. dorang memang bonus sebab dapat environment skolah islamic gitu. sesape pun bole juga. sume org sama je sebenarnya. kehendak diri tu yg buat kita luar biasa kan? hee.

for preggy mommy ^_^


usaha + doa + ikhlas + tawakal = insyaAllah berjayaaa yeyyy! ikhlas, ikhlasss kerana Allah! bukan nak bermegah dah hafal khatam ape sume. tauuu tak sayang? ikhlas tu bukan kita ukur, tu Allah tentukan. jgn sampai kita tinggal amal ibadat sebab tanak riak dgn manusia krana mybe tu la tanda kita riak dgn Allah sebenarnya. paham tak? jgn tersalah paham sudah. huk2 >.<

teringat ustaz asri kata dlm ceramah dia, Nabi dulu baca al Quran rasa 1 beban berat jatuh atas bahu, iaitu beban dakwah. nak kenalkan Islam kat sume org. (refer surah al muzzammil) tp org sekarang baca Quran tak rasa berat tu sebab bila baca sedap sikit dapat duit. huhu, betul jugak tu. saya sgt terkesan dgn kata2 ustaz tu even tak penah la dapat duit. hehe, tu la ceritanya. ada ibrah di situ.

tau awok sume baik, nak pesan je. hee ^_^ busy cane pun kita dgn hal dunia, jgn abaikan urusan akhirat. nanti bekal tak cukup kita yg susah. sobsob T.T jgn lupa pas baca al quran, baca doa selepas baca al quran. jadikan al Quran yg agung ni sahabat kita. shayanggg dia! kalau bukan kita sape lagi kan? kalau bukan di sini, di mana lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi? (sila jawab! ngee) moga dapat jadi penyelamat di HARI PEMBALASAN kelak. aamiin ya mujeeb~ yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah dari saya sendiri. tegurlah jika nampak salah, jangan membenci tanpa kata sepatahhhh :D

Dialah yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat yang terang (al Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.
~ [al hadid:9]

* * *
biar jalan setapak-setapak.
asal tak tersungkur sebelum sampai.
keep fightinggggg!
salam perjuangan, salam sayanggg <3 <3