Saturday 29 October 2011

♥ Bicara Sang Adam ♥

Duhai wanita yang terjaga di sepertiga akhir malam

Izinkan daku mengucapkan rasa kekagumanku dengan sebuah salam

Indahnya niat hiasi selalu hatimu dengan sepercik air wudhu

Membasuh semua khilaf perjalanan langkah kakimu merentasi dinding waktu
Duhai wanita yang terbiasa menjaga pandangan matanya

Ajari daku tentang erti hidup dalam damai terjauh dari lumpur dosa

Tumpahkan semua luka dan derita di antara lebarnya kain kain sejadah

Dan malaikat pun tak ragu turun ke bumi untuk turut berdoa
Duhai wanita yang tawadhu menjaga kata kata dari bibirnya
Lembutkan sombongku dengan sebaris lukisan kerendahan hati dan keikhlasanmu
Sirami kusam hatiku dengan kalimat kalimat hakiki yang memberiku keteduhan
Mengingatkan hatiku untuk kembali di saat daku mulai rapuh dan menjauh

Duhai wanita yang pandai menjaga keindahan dirinya
Bimbinglah hatiku yang telah jatuh terjerumus dalam lembah hina dan nista

Ajari daku meraih cahaya dalam belaian nuansa bening kasih dan cinta

Temani langkahku mengharungi restu bumi mencari jalan jalan syurga
♥♥♥♥

Aamiin Allahumma aamiin :')

Wallahua'lam

Thursday 27 October 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, wanita lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
. . . . . .
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik. Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
^_^'

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
(^_^)
#just aplogize. it's a whole lot easier than arguing. so, sorry 


Tuesday 25 October 2011

Menjauhi Fitnah Dajjal

Sebelum ini kita telah mengetahui serba sedikit perihal Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah yakni berkenaan dengan ciri-ciri Dajjal, tempat tinggal dan waktu kemunculannya. Jadi kali ini, saya akan berkongsi pula mengenai cara-cara untu menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal yang sangat berat itu. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya akan menyebutkan beberapa tanda kemunculan Dajjal.

Ada beberapa tanda dan peristiwa yang akan mendahului kemunculan makhluk yang dilaknat ini, antaranya ialah:

1. Berlakunya peperangan Armageddon (boleh rujuk post bertajuk Perang Akhir Zaman), yang mana selepas peperangan tersebut berlakunya kekeringan Sungai Euprates dan tasik Tiberia di Syam; begitu juga halnya dengan kebun kurma di negeri Baisan (di sempadan  Palestin dan Jordan). Oleh itu, apabila telah tercetus perang Dunia ke-3 (Armageddon), maka tunggulah kemunculan Dajjal yang semakin dekat.



2. Datangnya tahun-tahun kekeringan (tiada mata air), kemarau (tiada hujan), kelaparan, bencana-bencana, mahalnya harga barang-barang dan berkurangnya agama manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“...dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah adanya tempoh waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat, Allah SWT akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan sepertiga dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua supaya menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan semua air hujannya lalu tidak menitiskan setitik air pun, dan Allah memerintahkan kepada bumi supayamenahan semua tanamannya, maka setelah itu tidak akan tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT.” Kemudian para sahabat bertanya: “Dengan apakah manusia akan hidup pada masa itu?”, Baginda SAW menjawab: “Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan.”
(Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim daripada Abu Umamah r.a.)


3. Justeru dapat diketahui bahawa Dajjal akan keluar setelah munculnya Imam Al-Mahdi dan setelah Al-Mahdi menghadapi beberapa peperangan di semenanjung Arab, Parsi, Rome dan Kostantin yang akan memakan masa beberapa bulan. Ini adalah kronologi tanda besar kiamat menurut pendapat Yusuf bin Abdullah Al-Wabil (1989) dalam bukunya yang berjudul “Asyratus Sa’ah”(Tanda-Tanda Kiamat).
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“...Maka ketika mereka (Al-Mahdi dan pengikutnya) telah sampai di Syam (atau Syria-untuk berperang dengan kaum Rome dalam Malhamah Al-Kubra), keluarlah Dajjal...”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim dan Al-Hakim)

Cara mengelak fitnah Dajjal Laknatullah.

Walaupun fitnah Dajjal begitu besar dan berat bagi kita, namun ianya hanya kecil di sisi Alllah SWT dimana Dajjal tiada kuasa terhadap kaum Muslimin. Oleh kerana itu, ketika Al-Mughirah Ibnu Syu’bah berkata: 
“ Tidak seorang pun bertanya lebih banyak selain aku.” Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apakah yang membuatkan kamu gelisah tentangnya? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.” Al-Mughirah berkata: “Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahawasanya Dajjal mempunyai (membawa) makanan dan minuman.” Baginda SAW bersabda: “Hal ini hanyalah kecil bagi Allah SWT.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dalam Kitabul Fitan)


Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Antaranya adalah:

1.Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalam sebuah hadis daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“ Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah dia meludahi mukanya, “Seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat” dan hendaklah dia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari Surah Al-Kahfi, semoga Allah menyelamatkannya dari Dajjal.

2.Selalu menjaga doa yang di suruh Rasulullah SAW supaya membacanya pada akhir setiap kali solat (setelah membaca tahiyyat akhir) iaitu:


Maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”

Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya dan barangsiapa yang menjaga doa ini tantu Allah SWT juga akan menjaganya.

3.Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di Kota Madinah atau Makkah kerana kedua-dua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

  4.Barangsiapa yang tidak mampu melakukan tiga perkara diatas, hendaklah dia lari dari berhadapan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa. 

Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang ana kongsikan ini serta dapat menyampaikannya kepada umat Islam yang lain. Wallahua’lam..

Sumber: “Perang Armageddon dan Kedatangan Imam Mahdi a.s.”, Satu kajian perbandingan antara Al-Quran,Al- Hadis, Taurat dan Injil.
Karya Amin Muhammad Jamaluddin
Buku terbitan Pustaka Syuhada.

Ketibaan Dajjal Kian Hampir

Bismillahirrahmanirrahim

Akhir-akhir ini, semakin ramai yang bercerita tentang Dajjal, iaitu salah satu tanda-tanda besar kiamat yang mana hal ini wajib diimani oleh setiap Muslim. Di samping bercerita, ada juga yang cuba mengkaji tentang makhluk yang bernama Dajjal ini sama ada pengkaji tersebut beragama Islam mahupun bukan Islam.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitabul Fitan Wa Asyratussa'ah daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari yang bermaksud: 
“Nabi SAW datang kepada kami ketika kami sedang mengkaji suatu hal.” Baginda bersabda: “Apakah yang kamu sedang bahas?” Mereka menjawab: “Kami sedang mengingat (mengkaji) tentang hari kiamat". Baginda bersabda: “Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu menyaksikan sebelumnya sepuluh tanda”. Maka baginda menyebut: “Asap, Dajjal, bintang bumi, matahari terbit dari tempat terbenamnya, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s., Yakjuj dan Makjuj, tiga pembenaman bumi: di timur, barat dan Semenanjung Arab dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman yang akan membawa manusia ke Mahsyar mereka.”



KENALI DAJJAL

Nama “Dajjal” berasal dari perkataan “Dajlun”. Dalam bahasa bermaksud “penutup”, ini bersesuaian dengan sifatnya yang menutup kebenaran dengan kebatilan.
Al-Masih Ad-Dajjal bukanlah Dajjal yang pertama, akan tetapi ia adalah Dajjal yang terakhir sesuai dengan sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya menjelang berlakunya kiamat, terdapat 30 dajjal-dajjal pendusta.”  
(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

CIRI-CIRI AL-MASIH AD-DAJJAL

Dajjal adalah seorang lelaki dari kalangan anak manusia (anak cucu Adam a.s.)dari kaum Yahudi yang berupa buruk, berperangai dan berbentuk seperti syaitan. Ia dikelilingi oleh syaitan-syaitan dan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi. Adapun tentang orang tuanya, Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya, dan ketika matanya tertidur hatinya tidaklah turut tertidur”. Kemudiannya baginda SAW menerangkan tentang kedua-dua orang tuanya dengan bersabda: “Ayahnya adalah seorang lelaki yang berpostur (gaya tubuh) yang tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang seolah-olah hidungnya adalah paruh burung. Ibunya adalah seorang wanita besar, bertangan panjang dan berpayudara besar”
(Hadis Hasan Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)



Adapun tentang gambaran tubuh Dajjal, Rasulullah SAW telah menerangkan hal tersebut secara lengkap dan jelas yang tidak perlu diragui lagi untuk mengenalinya. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang ciri-ciri Dajjal antaranya:

1) Dari Ibnu Umar r.a. (dalam kitabul Fitan, Bab Zikruddajjal) bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  “... maka ternyata ia adalah seorang lelaki yang berbadan, merah, berambut kerinting dan bermata sebelah.” (Riwayat Imam Bukhari)

2) Dari Ubadah Ibnu Shamit bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  “... sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal seorang lelaki yang pendek,hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Imam Abu Daud Dan Imam Ahmad)

3) Dari Hisyam bin Amir bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
  “Sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok”
(Hadis Shahih Riwayat Imam Ahmad)

4) Sabda Rasulullah SAW:
  “…bermata celek sebelah kanan seolah-olah ia adalah biji anggur yang terapung”
(Riwayat Bukhari dari Ibnu Umar)

5) Dari Anas r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  “…bukankah sesungguhnya dia bermata sebelah, tertulis diantara dua mata Dajjal itu “kafir” yang dapat dibaca oleh setiap mukmin”
(Muttafaqun ‘Alaih)



DI MANA TEMPAT TINGGAL DAJJAL?


Dari Abu Bakar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud):
“Dajjal akan keluar dari sebuah negeri di Timur yang bernama Khurasan* ”
(RiwayatTirmizi dan Hakim. Disahihkan oleh Albani dalam Al-Misykat:no.5487)

Dalam Hadis lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga”
(Riwayat Muslim dan Ahmad dari Anas r.a.)

*Daerah Khurasan terletak di antara Russia dan Iran sekarang.

WAKTU KELUARNYA DAJJAL

Menurut hadis Rasullulah SAW, Dajjal akan keluar setelah Kota Kostantinopel (Istanbul) ditakluk oleh kaum Muslimin (kali ke-2 setelah Sultan Muhammad Al-Fateh membukanya pada tahun1453M)
Dari Mu’az bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Setelah pembangunan Baitul Maqdis adalah kehancuran Yathrib (Madinah), setelah kehancuran Yathrib adalah terjadinya pertempuran besar, setelah terjadinya pertempuran besar adalah penaklukan Konstantin, dan setelah penaklukan Konstantin adalah keluarnya Dajjal”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud) 


Sumber: “Perang Armageddon dan Kedatangan Imam Mahdi a.s.”
Karya Amin Muhammad Jamaluddin
Buku terbitan Pustaka Syuhada.

Monday 24 October 2011

La Tahzan, Ya Sadiqati ^_^




Kadang kadang apa yang dipamerkan insan


Takkan sama dengan apa yang wujud di benak mereka


Luaran kita mungkin nampak gembira


Tetapi hanya DIA saja tahu apa perasaan kita ketika itu




Terkadang tu kita mungkin pura-pura kelihatan gembira

Sebab tak ingin orang lain bersedih dengan kita

Tapi bila keseorangan, kita kalah dengan diri kita sendiri

ITULAH HAKIKATNYA ! :)









Orang yang bersamanya "ada" Allah, apabila datang masalah dia akan SABAR

Dan yakin bahawa masalah yang datang itu dari Allah

Dan Allah jugalah yang akan menyelesaikannya

Orang yang tidak ada kebersamaan Allah bersama dia

Apabila datang masalah dia akan rasa sempitnya dada dan berputus asa


La Tahzan, Innallaha ma'ana


Jangan bersedih ! Allah bersama kita ^_^,





"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang orang yang beriman"

[Ali-Imran:139]

Trust Allah's love and be happy (^______^)

♥ PERCAYALAH, meluah dengan DIA takkan mengecewakan kita ♥

Ma'as salama (^_^)



Sunday 23 October 2011

Kawan Sebilik ! :) ♥

Assalamualaikum cintaa ^_^
To my rumet ♥

Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Buat sahabat sahabat saya yang sudi mendoakan kesejahteraan diri ni. Sesungguh doa itulah yang saya harapkan. Hadiah yang paling bernilai buat diriku. Saya jugak mendoakan kesejahteraan dan kebahagian untuk sahabat semua. Aamiin ^_^

Doa itu sangat bermakna untuk saya. So saya tanak kehilangannya, jadi saya ingin tulis di sini, semoga ia akan terus menjadi doa untuk saya, untuk kita sepanjang hayat. Aamiin :)

Hari ni hari jadi Boo. Rindu dekat kamu, Boo >__< 

Sahabat yang disayangi, ikhlas dari naluriku, aku rindu jiwa jiwa yang sering mendidikku. Berkongsi masalah denganku, beselisih pendapat denganku, meniup semangat kepadaku, ku mohon padaMu ya Allah, Kau kuatkanlah ikatan ukhwah antara jiwa jiwa kami kerana jiwa ini sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dalam perjuangan Islam. Selamat hari Lahir ke-18 Boo sayang. Ikaa sayang Boo sangat sangat :'(


Ni ade lagu birthday korea untuk Boo. Boo suka korea kan kan. Pastu Ikaa, Rina dengan Aen pun da berjangkit suka korea. Hikhik. Rindu nak tengok cerita korea dengan kamu ~ Sem depan da berpisah.
Isk :'( 

Untuk Aen pulak, Ikaa sayangggggggggg sangat kat Aen. Aen salu kena buli kat bilik kan. Ehe cian dia xD Aen suka bagi Ikaa makanan. Kui kui. Ingat lagi ade satu hari tu Ikaa terjaga tengah tengah malam. Pastu mula la jadi penakut tak memasal. Terus je menyempit tido sebelah Aen. Cian dia sempit tido. Maap, saya penakut. Hi hi xD


Tulisan dikaburkan atas sebab sebab tertentu :p
Ikaa simpan lagi surat cinta ni. Hari tu hari last Aen kat bilik. Ikaa, Rina dengan Boo takde. Lepas tu balik balik bilik je tengok da ade nota ni. Kitorang tacingggggggggg sangat masa tu tau. Rindu Aen :'( Rina pun salu ngadu rindu nak buli Aen. hikhik :)

Rinaaaaa T_T Ikaa paling rapat dengan Rina. Ikaa salu cerita & ngadu dekat Rina. Rina pun sama kan? Isk sedih nya. Ikaa suka sangat bila dapat salu pergi rumah Rina. Kenal kenal dengan family Rina. Baik sangat layan Ikaa ^_^ Ikaa suka awak sebab awak pandai kecek macam macam pelat. He he. And awak suka belajar Bahasa Arab dengan kita. Ana uhibbuki ya ukhti. Paham dok ni?  Hihi :p
Hari tu Rina sakit, sebulan cuti. Ikaa rasa kehilangan je. Nak ngadu ngadu dengan awak. Nak ketawa dengan awak. Nak bebel kat awak. Sebab awak nakal >_< Kalau ade masalah kita selalu kongsi sama sama kan :) Awak da macam adik Ikaa :'( Sayang awak dalam dalam! Ikaa harap bila awak da pergi SPA nanti awak bole jaga diri kat sana. Ikaa takde nak jaga awak kat situ T_T I will miss you :'( Awak dah nak kawen kan. Hihi. Best nya dia. Ikaa doa kan jodoh awak berpanjangan. Cepat cepat sikit plan tarikh nikah tu ! ^_^


Ikaa tak bole tulis panjang panjang lagi. Nanti rasa nak nangis :'( Sebak. Hm. Walaupun kita baru kenal dan tinggal bersama dalam 4 bulan je tapi Ikaa rasa serasi sangat macam da lama kenal. Sayang sangat. Rindu nak tidur sebantal, setilam, seselimut. Ehe. Rindu nak makan sama sama. Buat kenduri dalam bilik. Rindu nak study sama sama. Baca Yasin sama sama. Cerita macam macam. Kalau dah start bercerita je mesti kita akan melencong ke part kawen. Di bawah sedar =.= Huu. Tak lupa jugak rindu nak kena teman pergi toilet tengah malam. Ekeke ^_~ 

Jaga diri tau walau kat mana sekalipun korang berada. Ikaa sayang kamu, kamu, kamu sampai syurga. Halal kan kasih sayang yang awak semua bagi kat Ikaa :) I hope you know how much I miss and love you.

Ikaa harap sem depan dan seterus nya dapat jumpa manusia yang sebaik kamu. I leviuuuuuuuuuu sayanggggggggggssss ! :) ♥

^_^
p/s: 
Sayang Boo a.k.a Ustazah Usuluddin
Aen a.k.a Akak Dashing
Rina a.k.a Budak Nakal

Sape yang baca pastu kelua airmata call Ika tau. Nanti Ikaa pujuk yea ^_^ Especially Rina. Kuat nenges. Ehehe :p

Ku hadiahkan salam sayang bersama Al-fatihah yang penyayang. Ku kirimkan sesuci kasih bersama Al-ikhlas yang suci bersih istimewa untuk mu. Moga rahmat Allah tetap bersamamu. Uhibbuki abadan abada ya sodiqhati.
Wasalam alaik cintaaa :))

Saturday 22 October 2011

Perbualan Bayi Sebelum Dilahirkan ♥

Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi: Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.

Tuhan: Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.

Bayi: Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.


Tuhan: Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana.

Bayi: Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?

Tuhan: Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata. 


Bayi: Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?

Tuhan: Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.

Bayi: Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?

Tuhan: Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.

Bayi: Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.


Tuhan: Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu.

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?


Tuhan menjawab: Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.



***

Hujan teringatkan aku tentang satu rindu. Di masa yang lalu. Saat mimpi masih indah bersamamu. Terbayang satu wajah penuh cinta penuh kasih. Terbayang satu wajah penuh dengan kehangatan

Kau ibu~ 

Allah izinkanlah aku bahagiakan dia. Meski dia telah jauh, biarkanlah aku bererti untuk dirinya


Sayang ibu sampai Jannah. I hope u know how much I love you. Uhibbuki lillahi Taala :'( 

Wednesday 19 October 2011

Forgive And Forget ♥



Memaafkan tidaklah serumit yang kita bayangkan

Tidaklah pula sesulit yang kita fikirkan

Serta tidaklah pula sepahit yang kita rasakan

Memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit ruang kebaikan di hati mu untuk orang lain





Forgive and forget. Not revenge and regret !

(^_^)

Tidak lah Allah menambah kan kepada hambaNya yang memberi pintu maaf kecuali darjat kemuliaan 
(H.R Al Bukhari & Muslim)
Hapuskan dendam. Bersihkan hati. Luruskan niat. Alhamdulillah :)




Monday 17 October 2011

Jom Pakai Tudung Dan Jadi Baik ! ♥

comel kan !


Tudung wanita itu ada empat. Tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati.
Apa ertinya?


Tudung pada wajah. Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

jadikan aku bidadari syurga (^_^)
Tudung pada mata. Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.


Tudung pada suara. Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.

Tudung pada hati. Mengingati Allah SWT dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar (^_^)


"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
(Riwayat Al-Bukhari)


Fitnah wanita pada hati lelaki, secara umumnya:

1. Senyuman wanita
2. Suara Wanita (nada)
3. Lenggok jalan

**

wallahu'alam :)
he he. apa apa pun ♥ purdah. ♥ hijab alhamdulillah (^_^)