Saturday 19 November 2011

♥ Si Solehah Siti Muthi'ah ♥


♥ al mar'atus solehah ibaratu 'an lu'lu 'atiddunya ♥

***

Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.


Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.



Kemudian Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.


Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Fatimah termenung lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.




#Siti Muthi'ah -> Pemegang tali tunggangan Siti Fatimah untuk ke syurga ♥

Allah jadikan wanita itu dan diperlihatkan kepada Rasullullah dan disampaikan kepada anaknya untuk renungan dan ikutan bagi semua wanita di atas muka bumi ini ^_^

♥ InsyaAllah 

Wednesday 9 November 2011

♥ Yang Ganjil Itulah Paling Cantik Menawan Indah Jelitaaa ♥

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

***
Gadis melayu berniqab, ganjil?
Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?


Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana mana walau mandi bersama kawan kawan di laut, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?

Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?


Gadis melayu ganjil?
-_-
Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)
^_^
♥ الحمد لله على نعمة الإسلام