Saturday 23 November 2013

Semester Akhir : Pahit Manis Perjuangan Ini ^__^



Assalamualaikum hamba2 Allah. Hamba Allah yg di sini sgt perlu doa kalian! ^_^ masa joging kat tasik dgn si adik dan kakak sepupu, stop kejap beli roti nk bagi ikan makan. then nampak bangunan sekolah lama. tetiba terpaku berdiri tegak je tengok sekolah tu. banyak kenangan pahit manis di situ. di situ saya penah jatuh bangkit sendiri. pejam celik tak terasa masa berlalu n rupanya dah hampir 3 tahun saya berada di lubuk ilmu menara gading. baki 1 sem je nak grad. di sini saya ditempa jadi manusia yg cintakan ilmu n perjuangan. moga kekal cinta tu wlpn dah grad kelak. insyaAllah.

rasa baru sgt daftar masuk. teringat orentasi awal2 dulu kena torture dgn akak n abang senior selama seminggu! waktu tu rasa sgt seksa. malam2 mesti nanges sambil call ibu. hukhuk. kita pulak tak penah duk hostel. tapi tu la yg menguatkan hati bila berjauhan dgn family.

banyak dengar n lihat sendiri kisah misteri kat sini. saya yg agak penakut ni tak bole duk dlm bilik sorang malam2. huu. seram sejuk. ingat lg sem 1 waktu tu 1 bilik agak penakut. tiap mlm mmg ambil tilam katil susun atas lantai tidur berjemaah. berebut nak tido tengah sbb takut! semua berpelukan wlpn rasa panas juga. hihi. Yasin, ayat al Quran stiasa pasang kat lappy dari tido sampai bangun subuh. sampai sem 4 kot tido atas lantai dgn kawan. sem 5 masih pasang mp3 Yasin bila tido. susah ek jadi org penakut? sobsob T_T tapi kat rumah ika tak takut tau! kat hostel je. hee.

tak kurang memori pahit. masalah, cabaran slalu ada. masalah kewangan, masalah dgn subjek2 terterntu. paling tak dapat lupa bila tiba musim final exam. tak tido sepanjang mlm sbb nak study. minum kopi bersama roomates bagi mata tetap segar nk berjaga n discussing. makan pun kekadang tak. makan biskut atau apa2 yg ada dlm locker je. huhu. pastu mulalah demam, jawab exam dgn hidung berair, kepala pening lalat sbb tak tidur n badan lemah. kekadang sampai berdarah hidung! hardcore kan? >.< kalau tido pun 2 jam camtu je. wuwu. dugaan sungguh musim exam tapi alhamdulillah, Allah slalu bagi yg terbaik seswai usaha. terima kasih Allah! ^_^

paling manisss sekali bertemu sahabat2 sejati di sini. susah senang sakit pening nanges ketawa slalu bersama. family jauh, dorang la jadi family n tuntut ilmu sesama utk tujuan yg satu. n paling terharu nak nanges bila Allah kurniakan sahabat2 yg sama2 nk berubah gapai redhaNya. saling beri kekuatan n nasihat, dapat rasa kasih syg terjalin kerana Dia. tiap kali lepas solat jemaah dlm bilik or kat mana2 mesti ada sesi peluk memeluk n cium pipi. ngee~ cantik Allah susun takdir. sangat indah, sumpah! bulan puasa agak sayu sbb tak dapat berbuka, sahur, terawih dgn family tp alhamdulillah Allah ganti rasa sayu dgn bahagia puasa dgn sahabat2.

ika dgn kengkawan bila puasa mmg berbuka kat masjid je. 3 kali seminggu ada qiam juga kat masjid sampai sahur. iftar jama'i paling beshh! bukan je jimat duit sbb tak perlu beli makan tp dapat erat kasih syg sahabat sejantina keranaNya. best iftar ramai2 duk bersila atas lantai luar masjid. makan mmg sederhana lauknya tp tetap sedap sbb ada penambah perisa iaitu kasih sayang. hewhew. makan ala kadar n ready maghrib bjemaah pula n stay kat situ sampai terawih. lps magrib tadarus dgn kawan2, dapat kenal geng2 usrah. seronok! pastu balik mesti takut sbb ada banyak katak melompat malam2. huhuk.

seronok ada, sedih ada bila fikir akan grad. sedih nak tinggalkan kolej. sayangggg sgt tempat ni. seronok study sini, nyaman, sejuk. jauh dari kesibukan kota n kesenangan dunia. cukup sederhana. ada satu tasik ni cantikkk sgt banyak teratai n ikan. comel je! pagi2 pula mesti ada kabus mcm salji n malam2 langit sgt gelap bole nampak satu2 bintang bertaburan berkelip2 memenuhi. cantik! kat KL tak nampak bintang sbb langit KL cerah je, banyak bangunan terang tinggi2. huhu. dari dulu impikan nk beli teleskop bila dah ada anak nanti. nak tengok bintang dgn anak2. tp mahal kan? klu rezeki lebih, baik pegi Mekah dulu kan? insyaAllah biiznillah~ ^_^

TAHUN AKHIR. dengo citer course saya sem akhir sgt susah. bukan je subjek susah bahkan jugak esaimen n keje projek lain. kalau tak silap, esaimen sgt banyak n mencabar dgn tiap presentation ada panel2 luar yg judge. ada tu kena buat report sampai 3 inci tebal. hukhuk. doakan saya dipermudahkan! buku sem depan pun ika dah amik dari senior utk prepare waktu cuti ni. bersedia dari awal sem n sedaya upaya elak perkara yg bole buat lalai atau menggoda masa kita utk perkara2 yg tak berfaedah. chaiyokkkk fightinggg mujahadah cintakan ilmu dan perjuangan duhai ikaa~! >.<
tak lama, sampai bulan April je pastu grad. 4 bulan setengah yg penuh dugaan. moga Allah mudahkan segala urusan belajar agar dapat beri bahagia pada ibu wa abah nanti. aamiin ya Mujeeb~ plan lepas grad? hm, belum rancang detail tapi cita2 sudah ada ^_^ isnin ni maka bermula la perjuangan tu. perlukan doa kalian. terima kasihhhh! :)

salam perjuangan di dunia yg sementara utk ke negeri abadi yg tiada batas masa kelak n kekal selamanya. apa tempat kembali kita nanti sayang? moga Allah izinkan kita jadi penghuni syurgaNya sbb neraka adalah seburuk2 tempat kembali. Allahurabbi, takuttt~ :'(
lots of love, wasalam wbt~