Monday 18 November 2013

Rindu Teman Hati!



copyright.ika
MasjidBiru
MemoriUsrahBulatanGembira
1655:18112013jumaat

"kak, jom duduk situuuu.."

"ika taknak pakai fb dah?"

"eh? fb? buat masa ni tak terfikir la kak. ika cuba elak.."

"nape elak?"

"emm zaman tu dah berlalu untuk ika."

"kenapa?"

"entah. dulu memangla buka fb baca2 perkara yang baik. share ilmu, ikut perkembangan kawan2, isu semasa sume tapi hati jadi tak betah."

"maksudnya apa?"

"macam ada something wrong somewhere. tak tau nak digambarkan. heee."

"camtu pulak.. pastu apa jadi?"

"ika padam je. awal2 rasa tak boleh hidup juga tade fb. yela dah biasa ada tetiba tade. lama2 jadi biasa."

"cane boleh jadi biasa ek? akak tak boleh la. mesti nak bukak jugak. sehari tak bukak tak boleh. hmm."

"hehe, ika bila makin busy ngan study, urus family rasa masa berjalan tu lagi berkualiti. tak ngadap lappy je, jimat letrik jugak. heheee."

"macam orang dah kawen pulak, haha. akak kalau tak on kat laptop pun mesti on kat fon ni. so sekarang memang taknak on fb balik?"

"taknak, camni lebih baik untuk ika sekarang. tapi tengokla lepas abes study nanti buat la kot. ika kan nak buat bisnes. pastu kawan ika suh buat jugak sebab taknak lost contact lepas grad. ika tak kuat iman macam akak, takut lalai. huhu."

"akak lagi laa tak kuat iman. em betul jugak cakap ika. sibuk2 baca status orang sampai lupa ibadah lain. solat lambat, macam2.."

"tu la. akak, ade lagi sebab lain ika elak fb. heee."

"ada lagi? apa dia?"

"bagi ika kan, fb banyak keburukan. especially utk perempuan. emm. pendapat ika je.."

"yeke? kenapa pulak?"

"better jadi muslimah yang tak terlampau sosial kan kak. tak post banyak2 gambo kat fb. takde la terlalu terdedah kat umum.."

"camtu ehh.."

"hehe. betul ke ika cakap ni? kang ade orang marah lak. ni pendapat ika untuk diri sendiri la akak sayanggg ^_^"

"hehe. sape pulak marah. betul la ika cakap. emm, tapi blog jangan delete tau. akak suka, comel.."

"insyaAllah. yang bestnya blog tak perlukan ika terlebih sosial dengan orang. tu yang ika suke. hehe."

"tu la, tempat komen pun ika off eh. kadang2 nak jugak komen.."

"heheeee, low profile je kite ni :p"

"baguslah tu.. nanti jangan lupa add akak bila buat fb.."

"insyaAllah kalau buat. sekarang fb bukan keutamaan.."

"ape keutamaan ika sekarang? kawen eh? suka cakap pasal kawen.."

"hihi, akak ni.. sedang usaha la. hee. em keutamaan ika mesti la nak jadi perempuan yang lebih solehah. bahagiakan parents. abeskan study ni. hee. doakan eh akak?"

"insyaAllah.. kawen tak jadi keutamaan ke sekarang?"

"ee akak suka ngusik ika kan.. sedang usaha la akak, baiki diri dulu. ha, lagi satu keutaaman ika nak mantapkan lagi skill masak n jahit baju. hehehh.."

"baguslah.. entah bila dapat rasa donut coklat ika tu lagi kan.. em, akak pun termotivate dah ni. nak delete fb jugak. hehe."

"laaa, takkan la kak?"

"tengoklah nanti, lepas join usrah ni dapat banyak hidayah.."

"sama la, rasa best kan?" ^_^

"best sangat.. tapi ika dah nak start kelas kan. arini last, nanti akak takde kawan.."

"ika mesti rindu akak, rindu semua. hurmmmmm.." T.T

"hehe, jangan sedih. nantik kita contact2 tau. jangan lupa bagi resepi donut. akak tak pernah masak camtu. ikut ika la ni. ika kecik dari akak tapi masak macam2. rasa tercabar tau!"

"hihi. akak ni. takpe la, lagipun akak kan orang kaya ada maid lagi.."

"apenyaa. malu dah tua2 tak pandai masak.."

"hehekk.. insyaAllah jap lagi ika bagi resepi. kalau tak sempat ika emel nanti."

"okay, jangan lupa!"

ye akak.. ermmm.. akak! nape eh ika rasa seronokkk sangattt bila datang sini. rasa taknak balik. best dengan akak semua. kalau boleh tido kat masjid ni ika tido je ajak akak. heheee."

"hahaa. nak berkampung kat sini pulak dia. ermm, akak tau sebab apa ika rasa seronok je datang sini. sebab kat sini kan ada...."

"akakkkkk!"

"ape? ada ulat ke??"

"jom teman ika beli air! haus.. jom laa, jommmm.."

"beli? ika selalu bawak air kosong kan? nape tiba je ni. selama datang sini tak pernah nak beli air.."

"alaa ari last datang. nak ribenaa! sebab akak banyak tanya arini, akak kena belanja. hehee."

"ape pulak. ika la belanja sebab buat akak rasa nak delete fb."

"serius? hihi. jom la akakkkk.. kak, wasap dorang cakap kita beli air."

"okay.. jap.."

"kak, jap lagi buat kat mana?"

"tempat biasa.. sedih la ika, last ika datang.. selalu akak dengan ika je. nanti akak rindu la ika, tak jumpa camni dah.."

"akaakkkkkk.. taknak cakap pasal tuu.." T_T

"hehe. janganla sedih. biar akak la belanja. nak ribena kan? jom.."

"ika sayangggg akak sangatttttt. serius sayanggg sangat2.." :'(

"ya Allah, nape nangis ni? jom jom minum dulu.. takmo nangis nanti akak pun nangis kang.."

ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku 

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu. ingatkah kau lagi?
kita bersama memijak onak duri di tanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuanNya, ada rahmat yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah ku harap berulang lagi..

~contengan pengalaman tautan hati kami
yang mungkin buat kamu bosan
tiada plot, tiada seni
hidup rasa terarah bila dalam halaqah cinta
bahagia. bahagia. benar bahagia
pasti rindu lagi!! sayanggggg angatttt!