Tuesday 20 November 2012

#Ingat Allah ;)


Ya Allah, 

Maafkan aku. Aku tahu aku lupa padaMu dalam jagaku. Dan kau tetap mengingatiku pabila aku tidur. Aku lupa padaMu dalam tawaku dan Kau tetap mengingatiku pabila aku menangis. Aku lupa padaMu dalam kecintaanku dan Kau tetap mengingatiku apabila aku dalam kebencian. Aku lupa padaMu apabila aku makan dan Kau mengingatiku semasa aku kelaparan. Aku melupakanMu pabila aku hebat bersuara dan Kau tetap mengingatiku dalam kebisuanku. Aku lupa padaMu apabila aku marah dan Kau tetap mengingatiku apabila aku bersabar. 

Tetapi ya Allah, ya Allah, jangan lupakan aku ketika aku mati. Aku akan mengingatiMu sekarang. Sekarang aku hidup. Sampai aku mati.

Yang benar,
Ikaa Darweesya #copyright#

# Jika wanita cantik itu ibarat bintangbintang di langit. Wanita yang bertahajud di sepertiga malam tentulah yang paling bersinar bergemerlapan. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna itu pula ibarat pelangi di langit, cantik dan indah dipandang tapi tak mungkin dapat disentuh dan dipegang sesuka hati. Ya, tak mungkin :')


Namaku Palestine

Namaku Palestine. Aku telah diceroboh dan dijajah sejak 1967. 

Sejak itu semakin ramai rakyatku yang telah terbunuh saban hari. Janin yang belum lahir dikeluarkan dari tubuh ibu yang mengandung termasuklah juga warga tua yang dihalau dari rumah sendiri. Mereka dipukul dengan kasarnya. Setiap hari mereka hidup untuk dibunuh. Ibu-ibu kehilangan anak mereka setiap hari. Isteri-isteri ditinggalkan menjadi balu dan anak-anak ditinggalkan menjadi yatim piatu. 

Rakyatku hidup dalam ketakutan setiap saat memikirkan bila-bila masa sahaja askar-askar Zionis laknat akan menendang pintu rumah mereka dan menembak mati mereka satu persatu. Kesedihan apabila menyedari bahawa anak-anak mereka, ibu-ibu dan bapa-bapa mereka tidak akan pulang kerana telah menjadi korban Zionis laknat.

Anak-anak kecilku dilihat sebagai pengganas kerana melempar batu-batu kerikil ke arah Zionis dan kubu mereka yang canggih. Media juga membuatkan aku dilihat sebagai negara pengganas dan rakyatku sebagai musuh mereka. Media memutar fakta seolah-olah Zionis yang menjadi mangsa. Media membuatkan orang percaya bahawa perbuatan merampas tanah air rakyat yang tidak berdosa untuk mewujudkan negara haram itu tidak mengapa walaupun di bawah Undang-undang Antarabangsa. 

Namaku Palestine. 
Aku wujud.
Rakyatku juga wujud.

Walau aku tidak wujud di media mahupun di mata Zionis.
Walau aku tidak wujud di peta dunia.
Aku tetap wujud di hati jutaan manusia yang cakna di dunia dan di langit. 
Ya, jutaan dan jutaan.

Tanah ini bukan milikku.
Tanah ini bukan milik Zionis, tidak sama sekali.
Tanah ini adalah hak milik semua umat Islam.
Rakyatku bermatian pertahankan tanah ini dan agama suci ini demi semua umat Islam.
Bukan hanya untukku.
Ya, semua umat Islam di dunia.

Namaku Palestine.
Jangan lupa padaku.

Hasil Nukilan : Ikaa Darweesya
Copyright for : Zine Untuk Gaza 
20 November 2012


Thursday 15 November 2012

contengcontengcinta ♡




aku kurang menulis tentang cinta
cinta mencintai dan dicintai
biar aku dahulu belajar mencintai
cinta yang sebetulnya
tapi siapa saja yang benar kenal cinta?
fikirku, layakkah aku untuk dicintai
andainya aku tidak belajar mencintai Dia
layakkah aku untuk megah mentafsir cinta
andai cinta yang ku labuhkan bukan pada tempatnya

masih belum jumpa cinta?
cinta ada dimana mana
cuma jangan butakan mata

layakkah aku dikejar cinta
andai kurang iman di jiwa
di manakah si dia?
insyaAllah bakal berjumpa sebaiknya

semua menginginkan cinta
ingat, jangan sampai Dia murka ^_^


 #bila kita menulis tentang cinta tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta atau yang paling asyik dilamun cinta. terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu? :p :p

Friday 9 November 2012

Theperfectdream ♥

One day, a Prince met a Princess . . .

Prince: I remember you.

Princess: from where?

Prince: every prayer I made at night and every sunrise in the morning. I found you in the breeze off of the ocean and the embrace of the suns warmth. I followed you shooting across the night's sky and landed here before you. you live in my perfect dream. we've been together for a long time now but we are just meeting.

Princess: but I thought I am the only one who noticed. 

Prince: MasyaAllah. dont worry, this love will be safe with me InsyaAllah ♥ 

Princess: but how? you might suffer from it. this love is too strong to hold on alone, no?

Prince:no worries, you're not going to be affected by it. i will suffer in silence. may Allah ease.


you don't know, dont you? :'(  no, you dont know :'(

#copyright | IkaaDarweesya#



# some hearts hear each other even in silence. sometimes what’s separated in this life, is joined in the next InsyaAllah Allahuma Aamiin :) -IkaaDarweesya


met and walk away. pain. what if we never met?