Namaku Palestine. Aku telah diceroboh dan dijajah sejak 1967.
Sejak itu semakin ramai rakyatku yang telah terbunuh saban hari. Janin yang belum lahir dikeluarkan dari tubuh ibu yang mengandung termasuklah juga warga tua yang dihalau dari rumah sendiri. Mereka dipukul dengan kasarnya. Setiap hari mereka hidup untuk dibunuh. Ibu-ibu kehilangan anak mereka setiap hari. Isteri-isteri ditinggalkan menjadi balu dan anak-anak ditinggalkan menjadi yatim piatu.
Rakyatku hidup dalam ketakutan setiap saat memikirkan bila-bila masa sahaja askar-askar Zionis laknat akan menendang pintu rumah mereka dan menembak mati mereka satu persatu. Kesedihan apabila menyedari bahawa anak-anak mereka, ibu-ibu dan bapa-bapa mereka tidak akan pulang kerana telah menjadi korban Zionis laknat.
Anak-anak kecilku dilihat sebagai pengganas kerana melempar batu-batu kerikil ke arah Zionis dan kubu mereka yang canggih. Media juga membuatkan aku dilihat sebagai negara pengganas dan rakyatku sebagai musuh mereka. Media memutar fakta seolah-olah Zionis yang menjadi mangsa. Media membuatkan orang percaya bahawa perbuatan merampas tanah air rakyat yang tidak berdosa untuk mewujudkan negara haram itu tidak mengapa walaupun di bawah Undang-undang Antarabangsa.
Namaku Palestine.
Aku wujud.
Rakyatku juga wujud.
Walau aku tidak wujud di media mahupun di mata Zionis.
Walau aku tidak wujud di peta dunia.
Aku tetap wujud di hati jutaan manusia yang cakna di dunia dan di langit.
Ya, jutaan dan jutaan.
Tanah ini bukan milikku.
Tanah ini bukan milik Zionis, tidak sama sekali.
Tanah ini adalah hak milik semua umat Islam.
Rakyatku bermatian pertahankan tanah ini dan agama suci ini demi semua umat Islam.
Bukan hanya untukku.
Ya, semua umat Islam di dunia.
Namaku Palestine.
Jangan lupa padaku.
Hasil Nukilan : Ikaa Darweesya
Copyright for : Zine Untuk Gaza