Thursday 28 June 2012

Monolog Hati :)

hariku harus di isi dengan itu. 
hati tidak tenang tanpanya. 
resah gelisah jika sehari tidak mendekatinya. 

biar apa mereka kata. yang penting kita tahu hati kita. Allah tahu hati kita ^_^ jika kau tidak mempercayaiku tidak mengapa. kerana yang mengadiliku bukan kamu dan bukan mereka. tapi Allah ^_^

bila Allah rindu akan hambanya, Dia aka mengirimkan ujian buat hambanya :') *terharu*

I WILL BE BRAVE
I WILL NOT LET ANYTHING TAKE AWAY
---------------------------------------------------------


saya yakin saya akan terus berjaya, berjaya dan berjayaaaa. aamiin~ biar apa mereka kata. itu sikitpun tidak akan meninggalkan kesan kudis dalam hati saya. yang mengadili saya bukan kamu dan bukan mereka. yang mengadili saya adalah Allah SWT. Tuhan saya dan Tuhan kamu :)

Allah masih memberi saya hati, perasaan, jiwa, akal dan pancaindera untuk membezakan mana baik mana buruk. walau kadangkala goyah namun setakat ini alhamdulillah jiwa saya masih cekal. hati saya masih mantap. saya masih kuat :)

bila saya ingin bejaya. bila saya ingin membuat sesuat keputusan tapi tak pasti. bila saya ingin mencari jawapan namum tak ditemukan. saya akan mendengar kata hati saya kerana di situ tersimpannya segala jawapan yang saya perlukan. tapi bila hati saya tidak mampu memberikan jawapan, saya akan memejamkan mata untuk seketika dan membayangkan wajah kedua orang tua saya. bayangkan jasa dan cinta mereka. penuh cinta, penuh kasih, penuh dengan kehangatan :') secara automatik hati saya akan kembali bersemangat dan mantap. datanglah berapa juta ujian yang cuba membunuh, saya tetap tegar :)

ya Allah, jagalah baba dan ibu. lindungilah adik2ku. jagalah, cintai, lindungi, selamatkan mereka. aku titipkan mereka padaMu ya Allah Tuhan semesta alam kerana hanya Engkau yang berhak dan berkuasa ke atas segala sesuatu isi langit dan bumi. sayangilah mereka, insan2 yang paling berharga dalam hidupku. yang membuatku merasakan cinta dan kasih sayang sejati. tiada lain, hanya mereka sahajaa :)

Ahlan wasahlan ya marhaban. ma'assalama wa ilaliqo'~ <3


#ni antara lagu yang buat saya sedih bila kat jengka. berjauhan dengan mereka. sadis. tapi tetap bagi semangat ^_^

1) http://www.youtube.com/watch?v=x8C_-yeWH_g
2) http://www.youtube.com/watch?v=6Vez1lMTwS0

ahhh sadis. sadis. *tutup muka dengan bantal. kbai*

Sunday 17 June 2012

:)



i don't know what we are. sometimes i feel like we're really close but then on other days you treat me like i'm just acquaintance or some sort of unwanted strangers. hm :)

#hm :) :)

Tuesday 5 June 2012

ஜ Kahwin vs Solat ஜ

A : Man, aku dapat rasakan yang aku jatuh cintalah.


B : Haa? kau ni biar betul Amri?


A : Betul, aku serius ni. aku rasa nak meminang esok hari jugak.


B : Good2. tapi sebelum tu, aku tanya dulu boleh?


A : Em, apa dia?


B : Kau dah solat?


A : Belum, kejap lagi aku nak solatlah ni.


crying in your sujud like theres nothing else exists between you and Allah :')


B : Ohh, okey-okey berbalik pada topik kita tadi.

A : Iye…?


B : Jangan harap kau nak kahwin kalau solat awal waktu pun tak dapat buat !


A : Erk?! apasal pulak?


B : Bro, itu namanya kesedaran tentang tanggungjawab. kalau solat awal waktu, ikut solat berjemaah maksudnya kau sedar tanggungjawab kau tapi kalau benda simple tu pun fail, better lupakan dulu impian kau tu. tak guna layan perasaan cinta kalau kau tak dapat layan panggilan cinta dari Allah (azan) dengan terus ke masjid.

A : Urmmmm, ye laaa *_* (MALU)


#muhasabah diri T.T  pastikan Allah sentiasa nombor satu dalam list cinta <3