Friday 21 June 2013

Everything changes ^.^ hijrahku~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

bismillahirrahmanirrahim ,
Allahumma solatan kaamilah, wasallim salaaman taamma 'ala saidinaa muhammad, allazi tanhallu bihil'uqad, watanfariju bihilkurab, watuqdha bihilhawa'ij, wahusnulkhawaatim, wayustasqalghamamu biwajhihilkaree , wa'alaa alihi wasahbihi fiikullilamhatiuwanafasin bi'adadikullima'luuminlak .

alhamdulillah penghijrahan pada diri sendiri sudah bermula. hanya perlukan istiqamah yang banyak dalam perubahan ini, insyaAllah berkekalan. Subhanallah semenjak kebelakangan ni dapat banyak feedback yang positif. terima kasih rakan2 yang dikenali mahupun yang tak dikenal, tapi bukan tu saya harapkan.  hanya Allah akan membalas jasa anda yang tak terhingga ini di hari akhirat kelak . insyaAllah.

pada asalnya, saya sememangnya berusaha untuk berubah since form 1 lagi tapi dari form 1 sampai form 3 subhanallah! banyaknya dugaan. mudah sangat terikut trend and also terpengaruh dengan kawan2. saya mengaku teruknya diri saya n , lebih teruk dari mereka yang tidak lagi bersekolah (dibuang sekolah).  subhanallah ! terlalu banyak ENJOY walaupun bukan buat maksiat tapi rasa kosong je hati ni. ya Allah!  Then  bila masuk form 3, saya tanam azam baru dan berusaha untuk berubah. alhamdulillah  time form 4 perubahan dari segi dalaman iaitu percakapan, pergaulan dan perbuatan sudah mula tunjukkan hasil yang bagus. tapi time form 4 tu, subhanallah! hanya Allah sendiri yang tahu betapa banyaknya dugaan yang dihadapi oleh insan yang melangkah kealam penghijrahan. saya jugak mengaku time saya form 4 tu, saya rasa seolah-olah saya ni takde life dah. pagi petang siang malam menangis je.

kalau menangis sebab Allah and dosa takpe lagi. ini sebab makhluk Allah je iaitu kawan2 saya. astaghfirullahal'azim! Saya mengaku saya sangat down pergi sekolah sebab kawan2 baik saya sorang2 pegi dari sekolah tu untuk masuk asrama penuh.saya tertekan sebab kat kelas tinggal budak2 yang sangat2 pandai n dorang seolah2 taknak kawan dengan saya, saya sorang2 kat sekolah. Saya banyak ponteng sekolah dan duduk rumah je. Sekolah macam mimpi ngeri bagi saya. Tapi saya bersyukur saya tak buat perkara2 yang tak berfaedah walau[un tak pegi sekolah saya duduk umah je dan result exam2 saya pun tak merosot. Mungkin dugaan tu buatkan saya makin kuat belajar sendiri untuk tamatkan sekolah dengan keputusan yang cemerlang dan lanjutkan pelajaran kat tempat lain dan cari kawan2 baru.

even setahun tu saya asyik sedih berterusan. Pastu saya dapat masuk ipta. masih ada lagi yang perlukan senyuman di muka saya. keceriaan yang semakin lama semakin hilang datang semula. terima kasih ya kawan2. then, saya mula menceriakan diri even masih lagi tak kuat. demi kawan2 saya cuba jugak. saya taknak hampakan kawan2. Ibu baba pun letak harapan setinggi-tinggi yang mungkin untuk saya berjaya. saya pun mula pasang niat untuk berubah. alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar sampailah dijodohkan berkenalan dengan seorang makhluk Allah sebelum tu. pada awalny , saya menolak dia  sebab saya sendiri tak suka perangai dia yang Nampak macam palyboy. tambahan pula saya ni tak pernah ada kawan laki. tapi Allah dah buktikan kuasaNya, even dia macam tu saya dapat Nampak kebaikan2 dia. in fact, dia selalu ingatkan saya untuk solat dan kuatkan diri, jaga aurat n macam2 lagi. banyak jugak saya belajar dari dia n tanya apa2 yang tak tau. alhamdulillah bantuan hamba Allah seorang ni, saya tergerak hati untuk berubah. kebetulan time tu kawan sekelas pun dah mula berubah. labuhnya tudung dia tu dah mula membuatkan saya tergerak hati untuk berubah sikit demi sikit.

 Tambahan pula tak lama lepastu keluarga saya ditimpa ujian yang besar dari Allah yang mana baba telah jatuh sakit ;’( saya setiap hari menangis dan jaga baba bila ibu pegi kerja. Mujurlah masa tu cuti sem. Saya tak kisah nak uruskan baba yang terlantar sebab saya sayang2 sangat2 dan saya nak baba sihat semula dan nak tengok senyuman baba lagi ;’( setiap hari saya berdoa, dengan ujian tu Alhamdulillah saya dapat rasa redha dan tenang. Saya rasa makin dengan Allah, Alhamdulillah setelah setahun baba sakit, baba dah sembuh sepenuhnya dan sem tu jugak saya dapat nikmat yang besar dari Allah yang mana saya telah dapat 4 flat dalam final exam walaupun sem tu penuh ujian buat saya. Saya gembira bila dapat gembirakan ibu baba yang banyak berkorban untuk saya, semuanya sangat bermakna bagi saya/ buat ibu baba gembira adalah perkara yang sangat2 saya inginkan. Syukur sangat2. Terima kasih Allah!! <3 <3 alhamdulillah!


Saya mula berfikir, saya bnyak dosa tapi Allah selalu bgi nikmat kat saya. Jadi dengan cara apa saya nak bersyukur? Saya pun berdoa pada Allah supaya bagi saya rezeki yang murah supaya saya dapat beli pakaian2 yang labuh, longgar, tudung besar. Memang pakaian camtu agak mahal, saya pulak bukan orang senang. Saya terus berdoa dan berusaha, Alhamdulillah rezeki saya dapat beli pakaian yang ikut syariat, saya pergi merata2 cari pakaian yang agak murah. Saya beli sikit2 dan seronok bila pakai rasa sangat secure je ^_*

then, masuk sem baru, saya terlihat makin ramai yang mula berhijrah ke jalan Allah, kawan2 baik saya pun. subhanallah! Maha Adil sungguh Tuhan kita. Allah mengubah orang disekeliling saya supaya saya terbuka hati untuk berubah dan istiqamah. alhamdulillah, Allah bantu sedikit demi sedikit dalam penghijrahan ini. mula2 Allah buka hati kita untuk melihat penghijrahan orang sekeliling. kemudian, Allah rapatkan orang yang baik2 untuk kita lebih mendalami Islam. kemudian mulalah tergerak hati untuk melabuhkan tudung serta menutup aurat dengan sebaiknya, pakai stoking, handsock. Saya pun kenal lebih ramai kawan2 yang baik n akak2 muslimah dalam usrah. Seronok sangat!!. Alhamdulillah mereka banyak mendoakan saya supaya istiqamah dengan sesuatu perkara. Allahuakbar. besar betul petunjuk Allah ini dan Alhamdulillah mulalah penghijrahan yang seperti mana anda nampak di kampus, luar kampus dan di mana2 sahaja. kalau ternampak tu  tegurlah. insyaAllah saya akan menegur balik. sebaikny , berilah salam supaya sama2 kita mendoakan kesejahteraan bersama. insyaAllah ^_^


macam tu la, indahnya takdir yang Allah bagi. betapa bijaksana Allah susun segalanya. Alhamdulillah. setakat ini sahajalah yang mungkin saya dapat berkongsi.  insyaAllah kalau ada jodoh , saya akan menceritakan lagi. insyaAllah jika baik ceritanya,  saya akan ceritakan dan jika sebaliknya saya minta maaf kerana tak dapat ceritakannya. terima kasih atas luangan masa untuk membaca dan saya minta maaf jika saya pernah melalukan kesalahan kat anda semua. semoga hidup kita lebih diredhai Allah S.W.T . insyaAllah  <3 saya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, insyaAllah aamiin~