Bismillah~
malam tu hadi terjaga
dari tidur. kejap dia tengok muka jam, kejap dia tengok muka amir, roomate nya.
"laa.. baru pukul 3 pagi, ruginya terbangun. tengah syok layan mimpi, naik
jet ski lagi tu. aduhai rugi rugi" keluh hadi sendirian.
zapppp! dia
tersentap. "astagfirullahalazim... apa aku cakap ni? sebenarnye lagi rugi
kalau aku sambung tidur. Allah SWT dah undang aku ni, appoinment dengan Dia.
bangun malam qiamullail, sujud, dating dengan Dia. nape pulak aku boleh rasa
rugi. iskkkk tabole jadi ni. aku kena cepat" ujar hadi.
hadi tersedar dari
keluhannya itu. lalu dia terus ke bilik air untuk bersihkan diri dan ambil
wuduk. sekembalinya dia dari bilik air, dia terpandang temannya yang sedang
nyenyak tidur lalu terfikirkan sesuatu. "aku nak kejut amir ke tak ye?
kalau aku kejut boleh join sekali. buat baik ni buat secara jemaah lagi baik.
baru dapat rahmat'
belum sempat hadi
kejut amir, amir terus bangun dan berlari mececet pegi bilik air.
"alhamdulillah, mungkin amir pun dapat 'undangan' daripada Allah jugak
kot. tapi apsal dia lari? oh mungkin dia takut tak sempat.." agak hadi.
hadi ambil keputusan
untuk tunggu amir. hampir 15 minit dia tunggu, lepas tu amir muncul dengan muka
yang cukup ceria, bercahaya cahaya je. tapi sampai je amir kat katilnya, dia
terus tepuk2 bantal dan baringkan tubuhnya sambil tarik selimut tanpa rasa
bersalah. "laa, mati2 aku ingat dia
bangun nak qiam. rupanya nak pegi buang air je. aduhh sayangnye. amir... ohh
amir.. bangun jom, qiam. amir.." kejut hadi.
"kau ni kenapa
hadi? suruh aku bangun pastu suruh aku diam pulak!" bentak amir dengan
mata yang masih terpejam.
"ada sound
trouble la pulak budak ni. takpelah malas aku nak gaduh2. dah lewat ni"
hadi terus bentangkan sejadah dan berdiri tercegat fikirkan sesuatu.
"emm, apa aku
nak mulakan dulu ye? em, solat sunat taubat dululah. maklumlah, macam kita nak
minta sesuatu kat oranglah kan tapi kita dah buat salah dengan dia. tiba2 jumpa
nak minta duit. memang kompem la tak dapat. minta maaflah dulukan.." kata
hadi dalam hati ^__^
sayang2 sume, solat
sunat taubat boleh dibuat seberapa banyak yang kita nak tau, tak terbatas. yang
penting setiap dua rakaat disulami dengan satu salam. pahamkan? ^__^ waktunya
pun bebas, bila2 pun boleh.
tapi kalau rasa
ngantuk nak buat tengah malam, ada satu fomula yang boleh awok2 sume buat.
hehe. fomulanya, alunkan zikir nasyid kumpulan raihan yang femes dan
menenangkan tu. bunyinye cenggini, "wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. ampunkan dosaku terimalah taubatku.
sesungguhnnya Engkaulah Pengampun dosa2 besar..." haa, mesti biasa dengar
kan? tajuk nasyid yang ohsem ni ialah I'tiraf ^__^
nak kongsi sikit la
ape ilmu yang saya tahu. kalau salah sila betulkan. huhu.
niat solat taubat :
usolli sunnatat taubati ra'ataini lillahi ta'ala (sahaja aku solat sunat taubat
dua rakkat kerana Allah Ta'ala)
rakaat pertama: al
fatihah & ayat Qursi
rakaat kedua: al
fatihah & surah al ikhlas
sujud terakhir : la
ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzoolimiin.. (baca at least 21 kali
tau)
lepas salam:
perbanykkan istigfar. astagfirullahalazim, allazi la ilaha illa huwal hayyul
qayyum wa atubu ilaik..
semoga kita semua
dapat mohon ampun dengan ikhlas atas sume dosa2 kita dan ibu bapa kita yang dah
berlalu, yang akan datang, yang kita buat dengan sedar atopun tak sedar. semoga
Allah Yang Maha Penyayang akan ampunkan kita. aamiin. selamat meraih redha
Allah, selamat mebersihkan hati, selamat menambah amalan untuk hidup yang masih
berbaki. insyaAllah aamiin mudah mudahan~ :) :) :)