Monday, 18 November 2013

Khalifah Kecil My Yayang!



ika.copyright
atfal kids little caliphs
bilik asuhan awal
09:30

"ustazah, ustazah.."

"ye sayangg.. ni mana kopiah? nape tak pakai?"

"dalam beg.."

"nape simpan dalam beg? tasuke pakai eh?"

"umi yang simpan."

"em, amik kopiah pakai nanti baru ensemm!"

"taknak sekarang. nak dengar cerita.."

"cerita apa sayang? ni dah makan ke? waktu makan kan sekarang ni.."

"sufi dengan arief kata ustazah cerita semalam!"

"owhh. umi cakap semalam taufiq demam kan, sekarang dah baik?"

*...senyap...*

"taufiq?"

"haa..."

"ustazah tanya taufiq pandang tempat lain eh. meh duk sini, tadi kata nak dengar cerita."

"ustazah, ni apa?"

"hm? owhh ni benang kait sayanggg."

"besar macam epal je.."

"heheee. jangan buat main yang, nanti hilang ustazah tak dapat guna dah."

"guna buat apa?"

"jahit stokin. stokin tangan dengan kaki baby."

"kenapa baby pakai cetokin? baby tak pakai kasut pun!"

"hihi. sayang, baby kecik lagi. nak bagi baby tak sejuk. stokin tangan tu taknak bagi baby cakar2 muka. nanti sakit tau.. sebab tu kena pakai stokin."

"taufiq masa baby pakai jugak ke?"

"hee, yela kot sayangg. balik nanti tanya umi tau?"

"ustazah, nak dengar ceritaa!!"

"sekarang? em, cerita apa sayang?"

"ceita anak baik. semalam ustazah cerita kat sufi dengan arief dorang taknak nakal kat umi ayah lagi.."

"yeke? alaa tomeynyeee. pandai anak2 sayang ni *cubit pipi* Sufi dengan Arief tak cerita kat taufiq ke?"

"sikit2 je.."

"sufi dengan arief cakap apa?"

"sufi cakap ustazah cerita anak baik, arief cakap suara anak baik ada dalam syurga tapi belum mati."

"ya Allah, bijaknyee dia cakappp.." ^_^.

"ustazah, camne suara dia ada dalam syurga? dia tu sape.."

"hm, semalam ustazah cerita pasal uwais al qarni. nak dengar tak?"

"nakkkk!!"

"eh, tapi taufiq dah makan belum?"

"taufiq puasa. umi ajar puasa sunat.. umi kata banyak pahala."

"subhanallah pandainyee dia kecik2 puasa sunat. baru baik demam pulak tu.. larat tak sayang?"

"umi bagi makan lepas balik taska!"

"owhhh, puasa elok2 tau nanti pahala dapat bagi kat umi dengan ayah taufiq."

"camne bagi pahala? taufiq tak pandai.."

"hehe. sini sayang, ustazah cerita. hm, taufiq tau tak baligh tu apa? penah dengar?"

"tahu.. balik rumah.. balik kampung bila raya. seronok!!"

"hihi. ke situ pulak. bukan balik sayang, tapi baligh. camni eja dia. mana pen ustazah ni, kejap... ni, cuba taufiq baca?"

"baligah.. bali.. baling.. camne baca G dengan H? teacher tak ajar.."

"heee. meh ustazah ajar. ikut ustazah sebut. B A, ba..

"B A, ba.."

"L I G H, ligh.."

"L I G H, lik.."

"salah tu, bukan lik. lighhh.. bagi pekat sikit.."

"lik.. ligh, lighh.."

"ha! tu dah boleh sebut. lagi sekali, ba apa?"

"baligh! baligh!"

"pandai dia, nanti ustazah bagi hadiah nak?"

"nakk!! taufiq nak robot!!" *lompat lompat*

"em, tapi ustazah nak bagi yang lain. lagi special. sebab taufiq budak pandai pastu rajin puasa.."

"special ape ustazah?"

"hm ape ye.. taufiq suka makan apa?"

"ayam!"

"ayam? lagi?"

"ayam peyek.."

"ape tu? ustazah tak pernah dengar. umi yang masak ke?"

"tak.. ayah ajak makan luar. ada nasi. ada ayam. taufiq selalu makan banyak2!"

"hehe. ayam penyet ke?"

"ayam peyekk.. ayam peyek cedappp!!"

'heheh, taufiq ni.. ayam peyek pun boleh la. hm kalau ustazah bagi kek coklat taufiq suka tak?"

"suka!!"

^_^ "ustazah bagi lepas taufiq dapat puasa penuh. tahan sampai waktu maghrib nak? pasni ustazah dah tak jaga taska. esok last ustazah ada sini. nanti ustazah bagi semua kek eh?"

"ustazah pegi mana?"

"ustazah dah habis cuti sayangg.."

"alaa nanti tak seronok.."

"jangan camtu nanti ustazah sedih kang. hehe. nak tak hadiah? puasa penuh k?"

"taufiq pernah puasa penuh! qistina je tak.."

"yela sayang.. qistina kecik lagi. dia kena minum susu selalu. nanti dia lapar nangis lagi cian kan?"

"taufiq pun tecik lagi.."

"hehee. taufiq dah 4 tahun dah boleh jaga adik. lelaki kena kuat tau?"

"tahu.. kuat macam Nabi!"

"pandai.. nak habis waktu rehat ni. cepat ready. pasni belajar apa?"

"english.. taufiq nak duduk sini! teacher garang!"

"tak boleh camni sayangg.. pegi masuk kelas eh?"

"ustazah belum cerita.."

"ya Allah, ye tak ye. hehe. lepas english ada apa?"

"qasidah"

"em nanti rehat waktu main taufiq datang sini ye? nanti ustazah cerita."

"alaaa taufiq nak sekarang.. nak sekaranggg!!"

"taufiq.. taufiq puasa kan? tahu tak sayang puasa bukan setakat tahan lapar? tak boleh buat jahat, tak boleh nakal jugak.."

"taufiq tak nakal.."

"ustazah ada satu soalan. agaknya kalau ponteng kelas teacher tu kira budak baik tak?"

"tak baik!"

"abistu taufiq taknak pegi kelas teacher, ha camne tu sayang?"

*...senyap...*

"bukan ustazah tamau citer tapi waktu makan dah habis. taufiq kena ikut jadual. taufiq budak baik kan sayang? masuk kelas eh?"

"taufiq taknak jadi jahat.."

"iye, taufiq baik kalau pegi kelas teacher. ustazah citer lepas abes qasidah."

"yeyyy! taufiq baik!! *lompat lompat*

"hee. memang baik. omey angatt dia yayang ustazah ni.." ^_^

"ustazah, nak salam.."

"baik2 belajar. sekarang ustazah kena bagi susu kat qistina, kat faiz, kat mimi. sume baby tu lapo tu, cian dia.."

"baby sume tak puasa! wekkk wekkkk..."

"heee. jap lagi datang tau? taufiq tak payah pegi main playground. puasa ni penat lari2. paham tak sayang?"

"paham ustazah.."

"okay cepat masuk kelas.."

"ustazah!!" citer anak baik..."

"ye sayangg. uwais al qarni nama dia.."

"uwais ape ustazah?"

"uwais al qarni.. al qarni.."

"uwais al qarni... uwais al qarni anak baik!!"

"taufiq pun baik jugakk, sayangg dia.."

"taufiq baik! ustazah baik!"

"sayang ustazah tak?"

"sayangggg!"

"hihi. cepat masuk kelas, nanti ustazah cerita." ^_^

"yeyyyyy!!"

"jangan lari yang, jatuh nantiii..."
muahh!

sayang sayang kecil. suci wajah tanda tiada dosa
terima kasih jadi ubat hati. terima kasih bagi rindu dalam dada
bagi peluang curah kasih sayang dan cinta tulus kerana Dia
terima kasih bagi memori bahagia itu. diizin Allah kita jumpa
moga jadi anak anak syurga *rindu.hugs.kisses.mmuahhhs~!*

Sunday, 10 November 2013

Rahsia Anak Dara (Girls Only!)


assalamualaikum awak! rasa nak senyummm semedangggg ^____^ macam ada taman bunga dalam hati pastu ada burung berkicau2, ada pelangi. ehe. alhamdulillah Allah bagi happy. sayanggg Allah sangattt!!

saya ada doa dari Al Quran untuk kekal dara & jaga kewanitaan. kalau dah kawen, kekal dara ni maksudnya bukan yang tu, tapi yang tuuu. erm dalam erti kata lain disayangi suami la. paham tak awak? (malu citer lelebih kat tempat public >.< nak bagi gambaran sesikit bagi awok paham. maaf kalau rasa tak selesa. awak ambil sebagai ilmu tau! huhu) dapat dari Dr. Fatma Az Zahra. tu la bestnye Al Quran. macam2 Allah bagi kan? dakwah, nasihat, hukum, cerita, doa, etc. tinggal kita la nak manfaatkan atau tengokkk je.

perhatian! doa ni untuk perempuan sahaja tahu? winkwink! ^_* isteri orang memang bagus amalkan doa ni. anak dara pun baik amalkan dari awal, nanti kawen encik hubby pasti bahagia. insyAllah. takde ruginye bersedia & berusaha dari awal kan? untuk hubby jugak, bukan orang lain. dapat pahala kan? doa senjata orang mukmin. dalam konteks ni, doa dari al Quran ni ofkos la lagi power kesan dia dari minum aurawhite, k-colly, milky G, jamu, kacip patimah ape sume. sume tu memang sangat sedappp dan bagus untuk kewanitaan tapi tak dapat tandingi kalam Allah. kan darling? lets say alhamdulillah~!

 caranya:
lepas isya' ambil air segelas. baca Al Fatihah sekali. ayatul Qursi sekali. surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x. tiup dalam air dan minum. niat dalam hati untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kerana Allah. saya last sekali baca juga doa ni (optional): ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat lemah lembut dan cantikkanlah aku dengan kesihatan luaran dan dalaman. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. aamiin.



doa optional ni awak boleh tukar dengan doa sendiri juga, atopun nak tambah2 ke. kalau tak baca pun tak salah. yang penting steps yang atas tu je. ni ika share if sesape nak doa tambahan. amalkan setiap hari insyaAllah Allah bantu. plus, bila awak amalkan doa ni secara tak langsung awak juga doakan supaya hubby atau future hubby awak tergolong dalam golongan kanan (refer tafsir kat bawah ni) insyaAllah aamiin. subhanallah, ohsemnye! ^_^
buku ni besh!

ayat waqiah tu pendek2 tak susah nak hafal rasanya. lagi2 kita buat hari2. faham dengan makna sekali tau! pastikan niat betul, itu PENTINGGG!! ^_^ kalau niat salah takot dapat dosa pula. contohnya nak cantik sebab nak menunjuk, tarik perhatian lelaki ajnabi (asing) atau nak bagi boipren yang tak halal tambah sayang. pastu guna doa ni. ishh jangan salah guna kalam Allah sayangggg. niat untuk suami kerana Allah eh. segala apa yang kita buat baik tak sia2 kalau niat kerana Allah. kan? Allah tu penuh dengan cinta! ^_*

jaga kecantikan tu perlu tanda kita syukur nikmatNya. tapi bukan untuk tayang sedunia. bagi encik hubby memasing. bolehhh? pastikan hubby yang halal. yang tak halal tak payah ngengada. sape dia yang kita nak zahirkan kecantikan sebenar? sape eh? boleh tak jawab kalau Allah tanya kat akhirat nanti? sobsobb T.T dia bukan sesape pun kan? kan? tinggalkan. tinggalkan yang hitam tu dibelakang. berubah sepenuhnya sebelum maut menjemput. selagi pintu taubat masih terbuka. kita memang selalu buat silap. benar. sangat benar sayang! tapi jangan lupa Allah Maha Pengampun pada hambaNya yang minta keampunan. bercinta dengan Allah best gilew, swearrr! sentiasa bahagia gembira walopun banyak dugaan dan cabaran. insyaAllah ;)

hewhew~
tafsir: 
*dicipta secara langsung, 35: bidadari diciptakan tanpa melalui proses kelahiran dan secara langsung jadi gadis remaja.
*golongan kanan, 38: orang yang terima catatan amalan mereka dengan tangan kanan di akhirat kelak. maksudnya orang soleh dan beriman la.
~ tafsir ika amik dari Terjemahan Bahasa Melayu Al Quran Al Karim (Rasm Uthmani), by Al Hidayah House Of Quran Sdn Bhd

inner beauty is the most important
tak berguna rupa luaran yang cantik
jika hati tak seindah rupa itu
jom sahabat sesama cipta inner beauty
dalam masa sama tak lupa penampilan luaran
dan jaga untuk suami sahajaaa
ingat Allah selalu dalam tiap tindakan
semoga jadi anak anak syurga
papai sayang, salam perjuangan! <3

wherever fine and pure character is present, religion is present
wherever fine and pure character is present, knowledge is present.
[beauty words by sheikh habib ali al jifri]

#setiap nasihat adalah untuk diri sendiri juga ^___^