Wednesday, 16 October 2013

Best Moist Chocolate Cake Ever



Assalam. Hai semuaaaa~ ^_^

Mood cuti sem adalah mood memasak dan menge-cake. hewhew. okay, masih menggunakan resepi kek coklat yang sangat sedap dan sangat moist ni. dah banyak kali buat resepi ni memang tak mengecewakan dan sangat2 moist sampai rasa sangat bersalah setiap kali masukkan dalam mulut. Awww soo rich! Bahkan ianya MURAH dan LAZAT. kalah chocolate indulgence dekat Secret Recepi tu yang mahal teramat tu :p nampak je rumit cara penyediaannya tapi sebenarnya mudah dan tak perlukan keluar duit banyak pun. alhamdulillah dapat makan satu family, boleh bagi dekat sedara mara sekali :D Cuma perlukan sikit kesabaran~ sukatan bahan pun mudah sebab guna cawan2 je. kalau bab2 timbang bahan memang leceh >.<












Jom tengok resepi~

bahan :

3 biji telur size A
1 cawan susu coklat Dutch Lady
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder

Topping :

Coklat masakan
1/2 cawan susu Dutch Lady
1/2 cawan butter
1 sudu kecil perasa vanila

Cara buat :

1. Mula2 pukul telur selama 20 minit.

2. sementara tunggu telur kembang and berbuih, masukkan susu coklat, serbuk koko, minyak jagung, susu manis dan gula perang dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan. kacau sampai pekat.

3. setelah masak, masukkan bahan tadi dalam telur yang telah kembang tadi sikit demi sikit. kacau bagi rata dan biarkan sebati dan kembang.

4. masukkan tepung gandum sikit demi sikit, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau hingga rata selama 10 minit.

5. setelah semuanya sebati, masukkan ke dalam loyang. saya guna loyang bulat 9" dan tutup dengan aluminium foil supaya wap air x masuk dalam acuan. kalau tak kek boleh lembik dan tak gebu >,< kukus guna periuk kukus yang dah mendidih selama 50 minit. actually, ada dua cara masak sama ada bakar dalam oven atau steam guna periuk kukus. tapi steam lagi moist rasanya ^_^

6. Lepas 50 minit, masak topping pulak. masakkan semua bahan topping dalam periuk dengan api perlahan. Biar beberapa minit dan angkat.

7. Tuang atas kek yang dah betul2 sejuk. Decorate ikut suka. Siap dan boleh dinikmati! :D


sedap sangat2, rugi sesiapa yang tak cuba. kepada sesapa yang rasa diri dia chocolate lovers, anda patut cuba sebab rasa coklat dia sangat sejati :D resepi yang pasti menjadi insyaAllah!

Tuesday, 15 October 2013

Taubat PadaNya~



Bismillah~

malam tu hadi terjaga dari tidur. kejap dia tengok muka jam, kejap dia tengok muka amir, roomate nya. "laa.. baru pukul 3 pagi, ruginya terbangun. tengah syok layan mimpi, naik jet ski lagi tu. aduhai rugi rugi" keluh hadi sendirian.

zapppp! dia tersentap. "astagfirullahalazim... apa aku cakap ni? sebenarnye lagi rugi kalau aku sambung tidur. Allah SWT dah undang aku ni, appoinment dengan Dia. bangun malam qiamullail, sujud, dating dengan Dia. nape pulak aku boleh rasa rugi. iskkkk tabole jadi ni. aku kena cepat" ujar hadi.

hadi tersedar dari keluhannya itu. lalu dia terus ke bilik air untuk bersihkan diri dan ambil wuduk. sekembalinya dia dari bilik air, dia terpandang temannya yang sedang nyenyak tidur lalu terfikirkan sesuatu. "aku nak kejut amir ke tak ye? kalau aku kejut boleh join sekali. buat baik ni buat secara jemaah lagi baik. baru dapat rahmat'

belum sempat hadi kejut amir, amir terus bangun dan berlari mececet pegi bilik air. "alhamdulillah, mungkin amir pun dapat 'undangan' daripada Allah jugak kot. tapi apsal dia lari? oh mungkin dia takut tak sempat.." agak hadi.

hadi ambil keputusan untuk tunggu amir. hampir 15 minit dia tunggu, lepas tu amir muncul dengan muka yang cukup ceria, bercahaya cahaya je. tapi sampai je amir kat katilnya, dia terus tepuk2 bantal dan baringkan tubuhnya sambil tarik selimut tanpa rasa bersalah.  "laa, mati2 aku ingat dia bangun nak qiam. rupanya nak pegi buang air je. aduhh sayangnye. amir... ohh amir.. bangun jom, qiam. amir.." kejut hadi.

"kau ni kenapa hadi? suruh aku bangun pastu suruh aku diam pulak!" bentak amir dengan mata yang masih terpejam.

"ada sound trouble la pulak budak ni. takpelah malas aku nak gaduh2. dah lewat ni" hadi terus bentangkan sejadah dan berdiri tercegat fikirkan sesuatu.

"emm, apa aku nak mulakan dulu ye? em, solat sunat taubat dululah. maklumlah, macam kita nak minta sesuatu kat oranglah kan tapi kita dah buat salah dengan dia. tiba2 jumpa nak minta duit. memang kompem la tak dapat. minta maaflah dulukan.." kata hadi dalam hati ^__^

sayang2 sume, solat sunat taubat boleh dibuat seberapa banyak yang kita nak tau, tak terbatas. yang penting setiap dua rakaat disulami dengan satu salam. pahamkan? ^__^ waktunya pun bebas, bila2 pun boleh.

tapi kalau rasa ngantuk nak buat tengah malam, ada satu fomula yang boleh awok2 sume buat. hehe. fomulanya, alunkan zikir nasyid kumpulan raihan yang femes dan menenangkan tu. bunyinye cenggini, "wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. ampunkan dosaku terimalah taubatku. sesungguhnnya Engkaulah Pengampun dosa2 besar..." haa, mesti biasa dengar kan? tajuk nasyid yang ohsem ni ialah I'tiraf ^__^

nak kongsi sikit la ape ilmu yang saya tahu. kalau salah sila betulkan. huhu.

niat solat taubat : usolli sunnatat taubati ra'ataini lillahi ta'ala (sahaja aku solat sunat taubat dua rakkat kerana Allah Ta'ala)
rakaat pertama: al fatihah & ayat Qursi
rakaat kedua: al fatihah & surah al ikhlas
sujud terakhir : la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzoolimiin.. (baca at least 21 kali tau)
lepas salam: perbanykkan istigfar. astagfirullahalazim, allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik..


semoga kita semua dapat mohon ampun dengan ikhlas atas sume dosa2 kita dan ibu bapa kita yang dah berlalu, yang akan datang, yang kita buat dengan sedar atopun tak sedar. semoga Allah Yang Maha Penyayang akan ampunkan kita. aamiin. selamat meraih redha Allah, selamat mebersihkan hati, selamat menambah amalan untuk hidup yang masih berbaki. insyaAllah aamiin mudah mudahan~ :) :) :)

Sunday, 13 October 2013

Cinta Rasulullah



telah terbit bulan purnama
dari arah lembah wada
telah wajib kita bersyukur pada Allah
atas hidayah yang diserukannya

apabila cintanya hadir~

suatu hari, Saidina Umar bin Khattab r.a penah mengekspresikan cinta yang bergelora dalam hatinya kepada Rasulullah s.a.w.. saat Rasulullah memengang tangannya, Umar berkata dengan penuh lirih dan penuh cinta: wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai melebihi segalanya kecuali diriku sendiri..

Rasulullah memandang wajah Umar dan berkata lembut: tidak wahai Umar, demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, belum sempurna imanmu sehingga engkau mencintaiku lebih daripada dirimu sendiri..

lalu segera Umar berkata: demi Allah, sekarang aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri..

Rasulullah tersenyum dan bersabda: sekarang wahai Umar, barulah sempurna imanmu..

[Imam Bukhari]

#dipetik daripada buku AJARKAN BUAH HATI MENCINTAI NABI. buku ni sangatttt bestttt dan comel sebab kat kulit buku ada gambar baby twins kecik. hihi ^___^





Thursday, 10 October 2013

Salam Terakhir



dikala aku terasa lemah dan jatuh.. aku pejamkan mata dan berkata..

ini adalah perjalananku
Dia meletakkan aku di sini
ini adalah perancanganNya
jadi aku harus laluinya dan tetap percaya pada Dia
thank you Allah! ^_____^ <3

aku cuma kehilangan orang yang tak pernah mencintai aku tapi dia kehilangan orang yang benar2 ikhlas mencintai dia dan mencari2 kekurangan aku di saat aku telah bersedia menerima segala kekurangannya. tak mengapalah! aku tak peduli tak cantik di mata manusia, tapi aku takut kalau aku tak cantik pada pandangan Allah. Allah~ :'(


salam terakhir. mungkin dunia serba indah bila berjauhan dariku, kan? mestilah :)



Sunday, 25 August 2013

cerita rumput


cerita rumput


Kalau kita pancing ikan dan kita dapat ikan itu , kita jangan pernah lepaskan sebab nanti luka dan parut disebabkan mata kail kita akan membuat ikan itu sakit dan terluka mungkin untuk jangka masa yang panjang atau mungkin selamanya , sama juga dgn cinta , apabila kita sudah memberi harapan kepada seseorang jgn pernah kita lepaskan dia sebab luka dari cinta dan harapan yg kita bagi mungkin akan kekal untuk masa yg panjang atau selama-lamanya .