Sunday, 18 August 2013

Aurawhite !

alhamdulilllah setelah seminggu ambil aurawhite saya nampak kulit lebih cerah, lempab dan glowing. kulit lebih lembut, halus dan licin. bersyukur sangat2 and saya pun bagi ibu minum aura white yang perisa chocolate indulgence. memang sedap!

kawan2 cubalah, kolagen yang ada dalam aurawhite sangat tinggi dan menepati keprluan badan kita. saya recommend sebab bagus, tak bagus saya tak resommend. selain tu, rambut pun jadi lagi cantik, badan rasa lagi bertenaga. sistempengahadam pun lancar, toksid semua dah dibuang dari badan. alhamdulillah.

cuma bila minum aurawhite ni korang kena banyakkan minum air masak sehari dalam 3 liter untuk muddahkan penyerapan aurawhite ni. so bawalah air ke mana2 saja! ^_^

selain tu tak boleh amik kafien, kopi, coklat, teh yang boleh melambatkan kesan nya.

setakat ni je, saya agak busy, huhu. ada lagi satu produk setanding dengan aurawhite iaitu k-colly. try la google, kesan dia boleh dilihat seawal 3 hari! kedua2 produk ni dijamin halal dan selamat untuk badan kita. jangan risau sebab dah diluluskan oleh kementerian kesihatan dan dapat akuan halal drp JAKIM.

memang tak rugi makan aurawhite ^__^

aurawhite



k colly

Tuesday, 6 August 2013

my project- awareness of covering aurah for woman

alhamdulillah siap jugak video untuk assigment saya sem ni. saya terdetik untuk pilih topik ni sebab melihat pada keadaan sekarang yang mana perempuan ambil remeh penjagaan aurat. semua orang pernah buat silap, saya pun sama. sebaik2 orang yang buat silap, dia takkan ulangi silap dia, sama2 lah kita berubah pada kebaikan. insyaAllah.

nerves jugak bila kena present benda ni depan kelas SORANG2 >.< saya tak biasa cakap depan kelas sorang2. tapi kawan2 bagi semangat n suruh saya jugak cakap. saya pun tekad kuatkan diri. dah la kena spontan, wuwu. ketar lutut.

alhamdulillah saya dapat present dengan baik dan sampaikan ayat2 secara berhikmah pada kawan2 yang saya sayang. lecturer pun bagi respon yang baik. tapi saya buat video ni bukan semata2 sebab asigment, saya buat sebab saya nak sampaikan apa yang saya tak mampu sampaikan depan2. jadi saya sampaikan melalui medium video camni. saya rasa sangat2 bertanggungjawab untuk share benda ni, dan rasa rugi sangat kalau tak share. saya nak orang2 yang saya sayang rasa apa yang dah saya rasa lepas berubah. sangat manis!

saya share apa yang saya tahu je. klu ada salah silap sila beri tunjuk ajar :) satu pesan saya, macam yang saya pesan masa presentation: buat kawan2 muslimah yang saya sayang, satu cara kita nak tahu pakaian yang kita pakai ni dah menutup aurat dengan sempurna atau tak aialah kita tengok pakaian kita ni bole tak dibawa solat. klu boleh dibawa solat bermakna kita dah tutup aurat dgn sempurna insyaAllah sebab aurat kita di luar dan dalam solat adalah sama. jadi kenapa kita mampu tutup dengan sempurna dalam solat then kat luar solat kita tak mampu? adakah kita rasa Allah hanya pandang kita semasa dalam solat? sedangkan Allah tu ada di mana2 dan sentiasa melihat kita. dari situlah kita cuba reflect apa yang kita fikir, apa yang kita pakai, apa yang kita buat. memang semua orang buat silap, sebaik2nya kita jangan ulangi kesilapan yang sama insyaAllah aamiin. dunia ni adalah hiasan dan seindah hiasan adalah wanita solehah <3

ok la, tu saja buat kali ni. assalamualaikum ^_^

Friday, 21 June 2013

Everything changes ^.^ hijrahku~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

bismillahirrahmanirrahim ,
Allahumma solatan kaamilah, wasallim salaaman taamma 'ala saidinaa muhammad, allazi tanhallu bihil'uqad, watanfariju bihilkurab, watuqdha bihilhawa'ij, wahusnulkhawaatim, wayustasqalghamamu biwajhihilkaree , wa'alaa alihi wasahbihi fiikullilamhatiuwanafasin bi'adadikullima'luuminlak .

alhamdulillah penghijrahan pada diri sendiri sudah bermula. hanya perlukan istiqamah yang banyak dalam perubahan ini, insyaAllah berkekalan. Subhanallah semenjak kebelakangan ni dapat banyak feedback yang positif. terima kasih rakan2 yang dikenali mahupun yang tak dikenal, tapi bukan tu saya harapkan.  hanya Allah akan membalas jasa anda yang tak terhingga ini di hari akhirat kelak . insyaAllah.

pada asalnya, saya sememangnya berusaha untuk berubah since form 1 lagi tapi dari form 1 sampai form 3 subhanallah! banyaknya dugaan. mudah sangat terikut trend and also terpengaruh dengan kawan2. saya mengaku teruknya diri saya n , lebih teruk dari mereka yang tidak lagi bersekolah (dibuang sekolah).  subhanallah ! terlalu banyak ENJOY walaupun bukan buat maksiat tapi rasa kosong je hati ni. ya Allah!  Then  bila masuk form 3, saya tanam azam baru dan berusaha untuk berubah. alhamdulillah  time form 4 perubahan dari segi dalaman iaitu percakapan, pergaulan dan perbuatan sudah mula tunjukkan hasil yang bagus. tapi time form 4 tu, subhanallah! hanya Allah sendiri yang tahu betapa banyaknya dugaan yang dihadapi oleh insan yang melangkah kealam penghijrahan. saya jugak mengaku time saya form 4 tu, saya rasa seolah-olah saya ni takde life dah. pagi petang siang malam menangis je.

kalau menangis sebab Allah and dosa takpe lagi. ini sebab makhluk Allah je iaitu kawan2 saya. astaghfirullahal'azim! Saya mengaku saya sangat down pergi sekolah sebab kawan2 baik saya sorang2 pegi dari sekolah tu untuk masuk asrama penuh.saya tertekan sebab kat kelas tinggal budak2 yang sangat2 pandai n dorang seolah2 taknak kawan dengan saya, saya sorang2 kat sekolah. Saya banyak ponteng sekolah dan duduk rumah je. Sekolah macam mimpi ngeri bagi saya. Tapi saya bersyukur saya tak buat perkara2 yang tak berfaedah walau[un tak pegi sekolah saya duduk umah je dan result exam2 saya pun tak merosot. Mungkin dugaan tu buatkan saya makin kuat belajar sendiri untuk tamatkan sekolah dengan keputusan yang cemerlang dan lanjutkan pelajaran kat tempat lain dan cari kawan2 baru.

even setahun tu saya asyik sedih berterusan. Pastu saya dapat masuk ipta. masih ada lagi yang perlukan senyuman di muka saya. keceriaan yang semakin lama semakin hilang datang semula. terima kasih ya kawan2. then, saya mula menceriakan diri even masih lagi tak kuat. demi kawan2 saya cuba jugak. saya taknak hampakan kawan2. Ibu baba pun letak harapan setinggi-tinggi yang mungkin untuk saya berjaya. saya pun mula pasang niat untuk berubah. alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar sampailah dijodohkan berkenalan dengan seorang makhluk Allah sebelum tu. pada awalny , saya menolak dia  sebab saya sendiri tak suka perangai dia yang Nampak macam palyboy. tambahan pula saya ni tak pernah ada kawan laki. tapi Allah dah buktikan kuasaNya, even dia macam tu saya dapat Nampak kebaikan2 dia. in fact, dia selalu ingatkan saya untuk solat dan kuatkan diri, jaga aurat n macam2 lagi. banyak jugak saya belajar dari dia n tanya apa2 yang tak tau. alhamdulillah bantuan hamba Allah seorang ni, saya tergerak hati untuk berubah. kebetulan time tu kawan sekelas pun dah mula berubah. labuhnya tudung dia tu dah mula membuatkan saya tergerak hati untuk berubah sikit demi sikit.

 Tambahan pula tak lama lepastu keluarga saya ditimpa ujian yang besar dari Allah yang mana baba telah jatuh sakit ;’( saya setiap hari menangis dan jaga baba bila ibu pegi kerja. Mujurlah masa tu cuti sem. Saya tak kisah nak uruskan baba yang terlantar sebab saya sayang2 sangat2 dan saya nak baba sihat semula dan nak tengok senyuman baba lagi ;’( setiap hari saya berdoa, dengan ujian tu Alhamdulillah saya dapat rasa redha dan tenang. Saya rasa makin dengan Allah, Alhamdulillah setelah setahun baba sakit, baba dah sembuh sepenuhnya dan sem tu jugak saya dapat nikmat yang besar dari Allah yang mana saya telah dapat 4 flat dalam final exam walaupun sem tu penuh ujian buat saya. Saya gembira bila dapat gembirakan ibu baba yang banyak berkorban untuk saya, semuanya sangat bermakna bagi saya/ buat ibu baba gembira adalah perkara yang sangat2 saya inginkan. Syukur sangat2. Terima kasih Allah!! <3 <3 alhamdulillah!


Saya mula berfikir, saya bnyak dosa tapi Allah selalu bgi nikmat kat saya. Jadi dengan cara apa saya nak bersyukur? Saya pun berdoa pada Allah supaya bagi saya rezeki yang murah supaya saya dapat beli pakaian2 yang labuh, longgar, tudung besar. Memang pakaian camtu agak mahal, saya pulak bukan orang senang. Saya terus berdoa dan berusaha, Alhamdulillah rezeki saya dapat beli pakaian yang ikut syariat, saya pergi merata2 cari pakaian yang agak murah. Saya beli sikit2 dan seronok bila pakai rasa sangat secure je ^_*

then, masuk sem baru, saya terlihat makin ramai yang mula berhijrah ke jalan Allah, kawan2 baik saya pun. subhanallah! Maha Adil sungguh Tuhan kita. Allah mengubah orang disekeliling saya supaya saya terbuka hati untuk berubah dan istiqamah. alhamdulillah, Allah bantu sedikit demi sedikit dalam penghijrahan ini. mula2 Allah buka hati kita untuk melihat penghijrahan orang sekeliling. kemudian, Allah rapatkan orang yang baik2 untuk kita lebih mendalami Islam. kemudian mulalah tergerak hati untuk melabuhkan tudung serta menutup aurat dengan sebaiknya, pakai stoking, handsock. Saya pun kenal lebih ramai kawan2 yang baik n akak2 muslimah dalam usrah. Seronok sangat!!. Alhamdulillah mereka banyak mendoakan saya supaya istiqamah dengan sesuatu perkara. Allahuakbar. besar betul petunjuk Allah ini dan Alhamdulillah mulalah penghijrahan yang seperti mana anda nampak di kampus, luar kampus dan di mana2 sahaja. kalau ternampak tu  tegurlah. insyaAllah saya akan menegur balik. sebaikny , berilah salam supaya sama2 kita mendoakan kesejahteraan bersama. insyaAllah ^_^


macam tu la, indahnya takdir yang Allah bagi. betapa bijaksana Allah susun segalanya. Alhamdulillah. setakat ini sahajalah yang mungkin saya dapat berkongsi.  insyaAllah kalau ada jodoh , saya akan menceritakan lagi. insyaAllah jika baik ceritanya,  saya akan ceritakan dan jika sebaliknya saya minta maaf kerana tak dapat ceritakannya. terima kasih atas luangan masa untuk membaca dan saya minta maaf jika saya pernah melalukan kesalahan kat anda semua. semoga hidup kita lebih diredhai Allah S.W.T . insyaAllah  <3 saya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, insyaAllah aamiin~




Tuesday, 20 November 2012

#Ingat Allah ;)


Ya Allah, 

Maafkan aku. Aku tahu aku lupa padaMu dalam jagaku. Dan kau tetap mengingatiku pabila aku tidur. Aku lupa padaMu dalam tawaku dan Kau tetap mengingatiku pabila aku menangis. Aku lupa padaMu dalam kecintaanku dan Kau tetap mengingatiku apabila aku dalam kebencian. Aku lupa padaMu apabila aku makan dan Kau mengingatiku semasa aku kelaparan. Aku melupakanMu pabila aku hebat bersuara dan Kau tetap mengingatiku dalam kebisuanku. Aku lupa padaMu apabila aku marah dan Kau tetap mengingatiku apabila aku bersabar. 

Tetapi ya Allah, ya Allah, jangan lupakan aku ketika aku mati. Aku akan mengingatiMu sekarang. Sekarang aku hidup. Sampai aku mati.

Yang benar,
Ikaa Darweesya #copyright#

# Jika wanita cantik itu ibarat bintangbintang di langit. Wanita yang bertahajud di sepertiga malam tentulah yang paling bersinar bergemerlapan. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna itu pula ibarat pelangi di langit, cantik dan indah dipandang tapi tak mungkin dapat disentuh dan dipegang sesuka hati. Ya, tak mungkin :')


Namaku Palestine

Namaku Palestine. Aku telah diceroboh dan dijajah sejak 1967. 

Sejak itu semakin ramai rakyatku yang telah terbunuh saban hari. Janin yang belum lahir dikeluarkan dari tubuh ibu yang mengandung termasuklah juga warga tua yang dihalau dari rumah sendiri. Mereka dipukul dengan kasarnya. Setiap hari mereka hidup untuk dibunuh. Ibu-ibu kehilangan anak mereka setiap hari. Isteri-isteri ditinggalkan menjadi balu dan anak-anak ditinggalkan menjadi yatim piatu. 

Rakyatku hidup dalam ketakutan setiap saat memikirkan bila-bila masa sahaja askar-askar Zionis laknat akan menendang pintu rumah mereka dan menembak mati mereka satu persatu. Kesedihan apabila menyedari bahawa anak-anak mereka, ibu-ibu dan bapa-bapa mereka tidak akan pulang kerana telah menjadi korban Zionis laknat.

Anak-anak kecilku dilihat sebagai pengganas kerana melempar batu-batu kerikil ke arah Zionis dan kubu mereka yang canggih. Media juga membuatkan aku dilihat sebagai negara pengganas dan rakyatku sebagai musuh mereka. Media memutar fakta seolah-olah Zionis yang menjadi mangsa. Media membuatkan orang percaya bahawa perbuatan merampas tanah air rakyat yang tidak berdosa untuk mewujudkan negara haram itu tidak mengapa walaupun di bawah Undang-undang Antarabangsa. 

Namaku Palestine. 
Aku wujud.
Rakyatku juga wujud.

Walau aku tidak wujud di media mahupun di mata Zionis.
Walau aku tidak wujud di peta dunia.
Aku tetap wujud di hati jutaan manusia yang cakna di dunia dan di langit. 
Ya, jutaan dan jutaan.

Tanah ini bukan milikku.
Tanah ini bukan milik Zionis, tidak sama sekali.
Tanah ini adalah hak milik semua umat Islam.
Rakyatku bermatian pertahankan tanah ini dan agama suci ini demi semua umat Islam.
Bukan hanya untukku.
Ya, semua umat Islam di dunia.

Namaku Palestine.
Jangan lupa padaku.

Hasil Nukilan : Ikaa Darweesya
Copyright for : Zine Untuk Gaza 
20 November 2012


Thursday, 15 November 2012

contengcontengcinta ♡




aku kurang menulis tentang cinta
cinta mencintai dan dicintai
biar aku dahulu belajar mencintai
cinta yang sebetulnya
tapi siapa saja yang benar kenal cinta?
fikirku, layakkah aku untuk dicintai
andainya aku tidak belajar mencintai Dia
layakkah aku untuk megah mentafsir cinta
andai cinta yang ku labuhkan bukan pada tempatnya

masih belum jumpa cinta?
cinta ada dimana mana
cuma jangan butakan mata

layakkah aku dikejar cinta
andai kurang iman di jiwa
di manakah si dia?
insyaAllah bakal berjumpa sebaiknya

semua menginginkan cinta
ingat, jangan sampai Dia murka ^_^


—  #bila kita menulis tentang cinta tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta atau yang paling asyik dilamun cinta. terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu? :p :p

Friday, 9 November 2012

Theperfectdream ♥

One day, a Prince met a Princess . . .

Prince: I remember you.

Princess: from where?

Prince: every prayer I made at night and every sunrise in the morning. I found you in the breeze off of the ocean and the embrace of the suns warmth. I followed you shooting across the night's sky and landed here before you. you live in my perfect dream. we've been together for a long time now but we are just meeting.

Princess: but I thought I am the only one who noticed. 

Prince: MasyaAllah. dont worry, this love will be safe with me InsyaAllah ♥ 

Princess: but how? you might suffer from it. this love is too strong to hold on alone, no?

Prince:no worries, you're not going to be affected by it. i will suffer in silence. may Allah ease.


you don't know, dont you? :'(  no, you dont know :'(

#copyright | IkaaDarweesya#



# some hearts hear each other even in silence. sometimes what’s separated in this life, is joined in the next InsyaAllah Allahuma Aamiin :) -IkaaDarweesya


met and walk away. pain. what if we never met?