Tuesday, 20 November 2012

Namaku Palestine

Namaku Palestine. Aku telah diceroboh dan dijajah sejak 1967. 

Sejak itu semakin ramai rakyatku yang telah terbunuh saban hari. Janin yang belum lahir dikeluarkan dari tubuh ibu yang mengandung termasuklah juga warga tua yang dihalau dari rumah sendiri. Mereka dipukul dengan kasarnya. Setiap hari mereka hidup untuk dibunuh. Ibu-ibu kehilangan anak mereka setiap hari. Isteri-isteri ditinggalkan menjadi balu dan anak-anak ditinggalkan menjadi yatim piatu. 

Rakyatku hidup dalam ketakutan setiap saat memikirkan bila-bila masa sahaja askar-askar Zionis laknat akan menendang pintu rumah mereka dan menembak mati mereka satu persatu. Kesedihan apabila menyedari bahawa anak-anak mereka, ibu-ibu dan bapa-bapa mereka tidak akan pulang kerana telah menjadi korban Zionis laknat.

Anak-anak kecilku dilihat sebagai pengganas kerana melempar batu-batu kerikil ke arah Zionis dan kubu mereka yang canggih. Media juga membuatkan aku dilihat sebagai negara pengganas dan rakyatku sebagai musuh mereka. Media memutar fakta seolah-olah Zionis yang menjadi mangsa. Media membuatkan orang percaya bahawa perbuatan merampas tanah air rakyat yang tidak berdosa untuk mewujudkan negara haram itu tidak mengapa walaupun di bawah Undang-undang Antarabangsa. 

Namaku Palestine. 
Aku wujud.
Rakyatku juga wujud.

Walau aku tidak wujud di media mahupun di mata Zionis.
Walau aku tidak wujud di peta dunia.
Aku tetap wujud di hati jutaan manusia yang cakna di dunia dan di langit. 
Ya, jutaan dan jutaan.

Tanah ini bukan milikku.
Tanah ini bukan milik Zionis, tidak sama sekali.
Tanah ini adalah hak milik semua umat Islam.
Rakyatku bermatian pertahankan tanah ini dan agama suci ini demi semua umat Islam.
Bukan hanya untukku.
Ya, semua umat Islam di dunia.

Namaku Palestine.
Jangan lupa padaku.

Hasil Nukilan : Ikaa Darweesya
Copyright for : Zine Untuk Gaza 
20 November 2012


Thursday, 15 November 2012

contengcontengcinta ♡




aku kurang menulis tentang cinta
cinta mencintai dan dicintai
biar aku dahulu belajar mencintai
cinta yang sebetulnya
tapi siapa saja yang benar kenal cinta?
fikirku, layakkah aku untuk dicintai
andainya aku tidak belajar mencintai Dia
layakkah aku untuk megah mentafsir cinta
andai cinta yang ku labuhkan bukan pada tempatnya

masih belum jumpa cinta?
cinta ada dimana mana
cuma jangan butakan mata

layakkah aku dikejar cinta
andai kurang iman di jiwa
di manakah si dia?
insyaAllah bakal berjumpa sebaiknya

semua menginginkan cinta
ingat, jangan sampai Dia murka ^_^


—  #bila kita menulis tentang cinta tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta atau yang paling asyik dilamun cinta. terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu? :p :p

Friday, 9 November 2012

Theperfectdream ♥

One day, a Prince met a Princess . . .

Prince: I remember you.

Princess: from where?

Prince: every prayer I made at night and every sunrise in the morning. I found you in the breeze off of the ocean and the embrace of the suns warmth. I followed you shooting across the night's sky and landed here before you. you live in my perfect dream. we've been together for a long time now but we are just meeting.

Princess: but I thought I am the only one who noticed. 

Prince: MasyaAllah. dont worry, this love will be safe with me InsyaAllah ♥ 

Princess: but how? you might suffer from it. this love is too strong to hold on alone, no?

Prince:no worries, you're not going to be affected by it. i will suffer in silence. may Allah ease.


you don't know, dont you? :'(  no, you dont know :'(

#copyright | IkaaDarweesya#



# some hearts hear each other even in silence. sometimes what’s separated in this life, is joined in the next InsyaAllah Allahuma Aamiin :) -IkaaDarweesya


met and walk away. pain. what if we never met?

Monday, 22 October 2012

Jaulahhh :D ✗o✗o ♥

orang kata nak kejar kemajuan kena terus pandang ke depan. betul. sebab tu laa ramai yang lupa diri. lupa syukur. akhirnya aku cuba untuk menoleh jauh ke belakang walaupun cuma sekejap
Allah, insaf :'( Allah musta'an~


di belakang itu la sebuah petunjuk tersimpan erat. merendah hati. siapa aku di masa dulu? dan siapa pula aku yang kini? :) ya muqallib al qulub, thabbit qulbnaa 'ala deenak. allahuma aamiin~ 
i wanna be modest, shy, humble, precious n be the way Allah wants me to be ^_^


my peberet song, inspiring :D


alhamdulillah a'laa kuli haal, i will try harder!
\(^_^)/
.
.
.
jaulah mencari hati :) 
.
.
.
.

sikap aku hari ini mencerminkan siapa diri aku hari ini. derita aku hari ini demi ketabahan untuk hari esok. kuatnya aku hari ini demi kebangkitan hari esok. kehidupan hari ini demi kematian hari esok


- missing in action, to everybody, to anyoneeeee -
papai ! salam~ ✗o✗o ♥

Thursday, 18 October 2012

#privacy

salam && hai~

there is space for every place and there is place for every space. be just and fair and stray away from being on the dzalimuun pathway, no? :)
adil itu adalah meletakkan sesuatu pada haknya, yes?

oh, and the matter of privacy invasion is BIG for me. it is not something that I compromise or take easy
usually my respect towards those who cross the line diminish not too lightly but it's actually common sense to respect one's privacy, no? -,- please don't prove me wrong :)

hidup akan bermakna bila kita bagi makna pada orang lain. paling kurang pun bagi senyuman pada mereka ^_^ be a reason for someone to smile and they will be doing the same for you too.
senyum dapat buat kita lagi muda tau #senyum lebar lebar sampai ke pipi ^_____*

privacy is like my bedroom ^_^ 
respect is the key
fun is the keychain
may Allah bless, salam and papai~
^_^

Friday, 28 September 2012

Final Part 3


I always in cranky mood during exam -.-'

Sem ni ada 7 subject sebenarnya tapi lagi dua subjek tak masuk final sebab dia subject practical bukan teory. Tapi tetap kira jugak dalam pointer. So ni la timetable saya, err.

Exam schedule :


Date
Subject
Time
1 / 10 / 2012
English For Academic Purposes
9am – 12pm
4 / 10 / 2012
Islamic Economics
2:15pm – 4:15pm
8 / 10 / 2012
Macroeconomics
2:15pm – 5:15pm
14 / 10 / 2012
Finance
9am – 12pm
16 / 10 / 2012
Statistical Calculus
9am – 12pm

Dalam 5 subject ni saya paling low dalam Finance >_<  
Tapi ni belum penamat lagi. Chances masih ada kan? ^_^

Doakan sayaaaaaaaaaa tskk tskkk tskkk~ 
Papapapapai ! :*

Tuesday, 7 August 2012

♥ Jagakan Dia ♥



roda kehidupan manusia selalu berputar. tak selamanya kita berada di bawah dengan segala kepedihan dan tak selamanya kita berada di atas dengan segala kesenangan. 

Allah Maha Adil. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. 


Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 
(Al- Baqarah: 216)

 

ada perih di sudut hati ketika kita mengingat tentang segala yang kita alami. setelah sekian lama bertahan, sekian lama memendam luka dan duka nestapa, rupanya atas petunjuk Allah kita harus menempuh jalan ini. kita harus yakin ini adalah keputusan terakhir yang terbaik untuk kita. ada hal-hal yang tak ingin kita lepaskan, tak ingin kita tinggalkan tapi ada saatnya di mana kita harus berhenti. bukan kerana kita mengalah melainkan kita menyedari bahawa sesetengah hal itu mungkin akan menjadi lebih baik apabila kita melepaskannya.
sesungguhnya di dalam hatimu ada 1 koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah
di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah
di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskn kecuali dengan mengenali Allah
di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah
di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah
i know i'm waiting. waiting for something to happen to me but this waiting comes with trials and challenges. i wish that somehow you’d tell me out aloud that on that day i’ll be ok and you’ll forgive me. but we’ll never know cause that’s not the way it works.
My Lord, show me right from wrong. give me light. i know the road is long. sometimes it just gets too much. show me my way, make me strong~  :)
 untuk mengetahui sama ada seseorang itu ISTIMEWA di hatimu, lihat di mana tempat dirinya di setiap doa kudusmu :)

 jagakan dia ♥ ilal liqo' wassalam~