Tuesday, 7 August 2012

♥ Jagakan Dia ♥



roda kehidupan manusia selalu berputar. tak selamanya kita berada di bawah dengan segala kepedihan dan tak selamanya kita berada di atas dengan segala kesenangan. 

Allah Maha Adil. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. 


Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 
(Al- Baqarah: 216)

 

ada perih di sudut hati ketika kita mengingat tentang segala yang kita alami. setelah sekian lama bertahan, sekian lama memendam luka dan duka nestapa, rupanya atas petunjuk Allah kita harus menempuh jalan ini. kita harus yakin ini adalah keputusan terakhir yang terbaik untuk kita. ada hal-hal yang tak ingin kita lepaskan, tak ingin kita tinggalkan tapi ada saatnya di mana kita harus berhenti. bukan kerana kita mengalah melainkan kita menyedari bahawa sesetengah hal itu mungkin akan menjadi lebih baik apabila kita melepaskannya.
sesungguhnya di dalam hatimu ada 1 koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah
di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah
di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskn kecuali dengan mengenali Allah
di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah
di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah
i know i'm waiting. waiting for something to happen to me but this waiting comes with trials and challenges. i wish that somehow you’d tell me out aloud that on that day i’ll be ok and you’ll forgive me. but we’ll never know cause that’s not the way it works.
My Lord, show me right from wrong. give me light. i know the road is long. sometimes it just gets too much. show me my way, make me strong~  :)
 untuk mengetahui sama ada seseorang itu ISTIMEWA di hatimu, lihat di mana tempat dirinya di setiap doa kudusmu :)

 jagakan dia ♥ ilal liqo' wassalam~

Sunday, 29 July 2012

Wordless Sunday~


tatau nak tules ape. jika anda melawat belog saya sila tinggalkan pesanan & link belog anda supaya senang saya mnjejaki anda balik. okey? ^_^

Love, Ikaa.

Saturday, 21 July 2012

Dugaan Ramadhan



Ahlan ya Ramadhan
Ramadhan Kareem
Allahu Akram~

Li ahub abi manha. Syafakallah ya abi~ ='(

Setelah lapar ada kenyang. Setelah haus ada kepuasan. Setelah berjaga malam ada tidur nyenyak. Dan setelah sakit ada kesembuhan. 

Setiap yang hilang pasti bertemu. Dan dalam kesesatan akan datang petunjuk. Dalam kesulitan ada kemudahan. Dan setiap kegelapan akan terang benderang. 

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman. Ketakutan akan berakhir dengan rasa nyaman. Dan kegelisahan akan diganti dengan kedamaian. 

Setiap keadaan pasti berubah. Sebaik baik ibadah adalah dengan menanti kemudahan dengan penuh sabar. Hari demi hari kita akan terus berganti. Tahun demi tahun akan selalu berganti. Malam demi malam pun datang silih berganti. 

Namun, yang ghaib akan tetap bersembunyi dan Allah Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatnya. Dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu yang baru buat kita setelah itu semua. Sesungguhnya setelah kesulitan tetap akan muncul kemudahan. InsyaAllah bi'iznillah~ 

La tahzan ya qolbi. La tahzan ya ummi wa abi~ ='( Allah ya hubna, insyaAllah.

#ya Allah, limpahkanlah rahmat Ramadhan buat kami ="(

Thursday, 28 June 2012

Monolog Hati :)

hariku harus di isi dengan itu. 
hati tidak tenang tanpanya. 
resah gelisah jika sehari tidak mendekatinya. 

biar apa mereka kata. yang penting kita tahu hati kita. Allah tahu hati kita ^_^ jika kau tidak mempercayaiku tidak mengapa. kerana yang mengadiliku bukan kamu dan bukan mereka. tapi Allah ^_^

bila Allah rindu akan hambanya, Dia aka mengirimkan ujian buat hambanya :') *terharu*

I WILL BE BRAVE
I WILL NOT LET ANYTHING TAKE AWAY
---------------------------------------------------------


saya yakin saya akan terus berjaya, berjaya dan berjayaaaa. aamiin~ biar apa mereka kata. itu sikitpun tidak akan meninggalkan kesan kudis dalam hati saya. yang mengadili saya bukan kamu dan bukan mereka. yang mengadili saya adalah Allah SWT. Tuhan saya dan Tuhan kamu :)

Allah masih memberi saya hati, perasaan, jiwa, akal dan pancaindera untuk membezakan mana baik mana buruk. walau kadangkala goyah namun setakat ini alhamdulillah jiwa saya masih cekal. hati saya masih mantap. saya masih kuat :)

bila saya ingin bejaya. bila saya ingin membuat sesuat keputusan tapi tak pasti. bila saya ingin mencari jawapan namum tak ditemukan. saya akan mendengar kata hati saya kerana di situ tersimpannya segala jawapan yang saya perlukan. tapi bila hati saya tidak mampu memberikan jawapan, saya akan memejamkan mata untuk seketika dan membayangkan wajah kedua orang tua saya. bayangkan jasa dan cinta mereka. penuh cinta, penuh kasih, penuh dengan kehangatan :') secara automatik hati saya akan kembali bersemangat dan mantap. datanglah berapa juta ujian yang cuba membunuh, saya tetap tegar :)

ya Allah, jagalah baba dan ibu. lindungilah adik2ku. jagalah, cintai, lindungi, selamatkan mereka. aku titipkan mereka padaMu ya Allah Tuhan semesta alam kerana hanya Engkau yang berhak dan berkuasa ke atas segala sesuatu isi langit dan bumi. sayangilah mereka, insan2 yang paling berharga dalam hidupku. yang membuatku merasakan cinta dan kasih sayang sejati. tiada lain, hanya mereka sahajaa :)

Ahlan wasahlan ya marhaban. ma'assalama wa ilaliqo'~ <3


#ni antara lagu yang buat saya sedih bila kat jengka. berjauhan dengan mereka. sadis. tapi tetap bagi semangat ^_^

1) http://www.youtube.com/watch?v=x8C_-yeWH_g
2) http://www.youtube.com/watch?v=6Vez1lMTwS0

ahhh sadis. sadis. *tutup muka dengan bantal. kbai*

Sunday, 17 June 2012

:)



i don't know what we are. sometimes i feel like we're really close but then on other days you treat me like i'm just acquaintance or some sort of unwanted strangers. hm :)

#hm :) :)

Tuesday, 5 June 2012

ஜ Kahwin vs Solat ஜ

A : Man, aku dapat rasakan yang aku jatuh cintalah.


B : Haa? kau ni biar betul Amri?


A : Betul, aku serius ni. aku rasa nak meminang esok hari jugak.


B : Good2. tapi sebelum tu, aku tanya dulu boleh?


A : Em, apa dia?


B : Kau dah solat?


A : Belum, kejap lagi aku nak solatlah ni.


crying in your sujud like theres nothing else exists between you and Allah :')


B : Ohh, okey-okey berbalik pada topik kita tadi.

A : Iye…?


B : Jangan harap kau nak kahwin kalau solat awal waktu pun tak dapat buat !


A : Erk?! apasal pulak?


B : Bro, itu namanya kesedaran tentang tanggungjawab. kalau solat awal waktu, ikut solat berjemaah maksudnya kau sedar tanggungjawab kau tapi kalau benda simple tu pun fail, better lupakan dulu impian kau tu. tak guna layan perasaan cinta kalau kau tak dapat layan panggilan cinta dari Allah (azan) dengan terus ke masjid.

A : Urmmmm, ye laaa *_* (MALU)


#muhasabah diri T.T  pastikan Allah sentiasa nombor satu dalam list cinta <3

Saturday, 19 May 2012

Cara Buat Kek Paling Senang ♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Pada suatu hari, err saya takde apa nak dibuat sekarang tau, saya sangat boring wahai encik belog. diary pulak tak bawak kat umah wan ni T.T and Facebook nowadays was just out of control. lots of 'drama' maybe. hehe.

so i just wanna share something, kinda my favourite hobby which is baking. alhamdulillah, today i have succesfully made a cake. just a simple and basic cake to spend my free time wisely :p with no decoration etc. but more than least actually. especially to see 'them' eating and finishing my cakes until no crumbs left. hee. i officially name it as "Kek Lemon Rindu". saya memang jiwang. so what? jiwang tu best and plus, being hurt is not funny. you might not want to try it. kan kan? :) haha~

ika nak share cara cara nak buat kek yang awesome and sangat mudah ni dengan followers semua :* 
*berlakon jadi tukang masak kat TV kalau tengah masak sorang2 kat rumah*

hmm. untuk kek yang basic ni awak cuma perlukan tepung kek. ika guna Pillsbury Cake Flour. tepung ni memang best sangat kalau nak buat batter apa2 pun. sangat moist and cantik berkilat :*

and then awak perlukan shortening or minyak sayuran. boleh guna minyak jagung or minyak bunga matahari. saya guna minya mazola sebab sedap dan berkilat jugak :*

pastu kena ada 3 biji telur ayam dengan secawan air bersih. gula secukup rasa. and lemon extract yang dah sebatikan dengan tepung kek tu. 

bosan kan cerita panjang2, meh nengok gambo meh~ :)
 awak masukkan tepung dalam bekas. anggaran dalam empat cawan untuk satu family. cukup :)

then masukan air satu cawan and lemon extract. kacau sebati tau :* agak dalam 3 minit awak masukkan shortening tadi. kacau lagi~
bila dah rupa macam ni awak masukkan pula telur. kacau kacau kacau lagiii~ sampai kembang! sambil2 tu awak panaskan oven pada suhu 350 F (bagi yang oven guna Degree Celcius, 350 F = 180 C)
 okay, bila agak kembang, gebu, licin berkilat begini rasanya dah okay kot :)
tuangkan adunan tadi dalam loyang tau. but before that, kena oleskan permukaan loyang tu dengan shortening sikit untuk elakkan kek awak melekat lepas masak nanti.
bake bake bake~ yey~ awak masak dalam 40 minit. lepas 40 mnit awak nak pastikan kek tu dah masak or tak awak just ambil lidi yang halus dan bersih, cucukkan kat tetengah kek tu, kalau lepas keluarkan lidi tu dia bersih tanpa ada apa2 melekat kat lidi means kek awak dah masak :)
tadaaaaaaaa~ siap da kek awak kan. senang je kan kan? sebenarnya ada bahagia dalam setiap proses menyiapkan kek tu. and just one bite could brighten your day and make your sweet lips to smileeeeeeeee :) you'll look prettier, dear :) cubalah :p


sebenarnya ika ade banyak lagi resepi nak di share kan ni, especially chocolates. tapi ade dalam diary. insyaAllah lepas balik rumah maybe saya buat. boleh la bawak balik jengka nanti. hee. to be clear, benda ni bukan dan tidak sama sekali berniat untuk menunjuk2 atau riak. ini hanyalah sekadar berkongsi hobi and my passion bersama kekawan yang ada hobi sama. bersihkan hati tau tauu, husnu dzon selalu sayangg~ :) jazakallu khair jaza'. wasalam alaik :) 

#sape baik hati bole hadiahkan saya mixer ngan chiller, isk isk :(