Hari ni bangun pagi jaa daa terfikir nak buat apaa :) hmm. Macam takdaa life jaa kan kalau asyik hadap lappy ni =_= Jadi kali ni sayaa try tiru resepi cupcake dari internet. Macam tak yakin akan jadi. Buat pun just untuk isi masaa and seronok seronok. Seronok tauu main tepungg ni => hihi. Pastu dengan kanak kanak kecik kat rumah ni, tambah happening suasanaa. Ya Allah, seronok sangat dengan dorang. Macam anak sendiri ^_^
Then buat punyaa buat dia pun masak la. Alhamdulillah luaran nampak menjadi tapi takut jugaa nak rasaa. Jadi ke tak ni. Pastu Pida pun mula bersuara, 'talau ta jadi itew campak at dinding jeww~' =.= sampai nyaa hati mu. Tauu laa korang sukaa main baling baling barang. cubet kang~ :)
Dengan lafaz bismillah, saya pun beranikan diri merasaa kek tu. Gigit sekali tiba tiba rasaa nak gigit lagi. eh, sedaplaa! Budak budak kecik ni pun apaa lagi, mulaa laa nak rasa jugaa. 'aaa laa kak, cedappp. ta jadi laa itew campak at dinding. itew mam came came :3 ha ha. so today my cupcake menjadi. sayaaa sangat gembiraaa bilaa budak budak ni gembiraaa :D Alhamdulillah!
Memang da berkurun blog ni ditinggalkan. Nvm, first of all sayaa sangat happy dan bersyukur sebab sayaa dapat habiskan sem satu UITM dengan jayanyaa. Ops belum dengan jayanyaa :p Masa masuk UITM dulu pun tak sempat online because I was very very very busy with my schedules there :(
Banyak cabaran mendatang. Tapi itulah yang menjadikan hidup lebih berwarna warni dan membuat kitaa lebih berfikir dan dewasa. InsyaAllah. Think positive, trust in Him. Remember! Always! ^_^
Lepas masuk UITM saya rasa macam, wow sayaa da jadi mahasiswi ka? Haha jakun tau :p Dulu masa secondary school rasa macam kagum sangat tengok orang masuk u. Sayaa terfikir, 'sayaa ni ada chance ke masuk?' Nak masuk u kena genius gila and sayaa ni tak pandai T_T so sadd.
But Alhamdulillah, all praise to Allah. Rezeki masuk sini. Terima seadanya :) And its getting better day by day. About four months study then I had my sem break. Now la sem break >,< hu hu. Alhamdulillah, life at campus basicly okay sangat => I like the environment, roomates, coursemates, lecs and everything. And now I miss my roomates :( They are such a goodddddddd friends. Tak lupa jugak my clasmates. Dorang pun baik and I got no problem with them. Alhamdulillah :)
buku biasa je. tapi sangat tough >_<
Tentang study pulak, subject yang sayaa belajar di sana quite okay, Alhamdulillah. Study pun takda stress. Yalaa, part one kan :p Ho ho. But I got problem with account. Sayaa takda basic jadi lambat pick up. And masa final exam paper acc sayaa jawab merepek gilaa :( Sayaa tanak gagal. Tanak repeat :((
Hm, forget about it. Dah berlalu pun, tawakal pada Allah, insyaAllah. Now cuti sem duduk rumah. Nikmati cuti apa adanyaa. He he. And bole la kot kalau nak hapdate blog ni. But tak kerap nyaa because sayaa sangat malas menaip. Tapi bila da menaip rasa tanak stop pula :D
pic ni copet dari abang gugal je. kalau buat tak secantik ni. this is LIE. ekeke :p
Okay, as you see the picture above, adaa blueberry cheesecake kan >_< yum. Daripada tadop kije buleh jadi kije cuti cuti gini. Hee. Tak susa pun nak buat. Ini cara dia ye kawan kawan :P
2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum
jem blueberry
Cara-cara
(base)
1. biskut oreo dihancurkan
2. satu cawan majerin yang dicairkan, gaul sebati n tekan pada dasar loyang sebagai tapak atau swiss roll. potong dan susun dalam loyang
Topping
3. biarkan chesse lembut dengan suhu bilik kemudian pukul (boleh guna mixer or blender)
4. masukkan susu dan pukul lagi
5. dah sebati, masukkan telur sedikit demi sedikit
6. masukkan tepung
7. kalau suka boleh masukkan coklat cip atau coklat rice
8. tuangkan dalam loyang berisi biskut atau kek tadi
* hiasan boleh taburkan kepingan badam atau titiskan coklat cair atas kek
7. sedia untuk di bakar. lebih kurang 45 minit, cucuk kek dengan tester atau lidi untuk pastikan kek masak (jika tak melekat pada lidi itu tanda kek dah masak)
8. akhir, tuangkan jem bluberry atas kek. siap untuk di makan :D
too late. sleep tight xD
He he. Okayy rasa macam da takda apa nak diceritaa. Panjang suda ni. Esok esok sayaa cerita lagi. Kalau rajin. Memey rajin :p Daa~ Jaga diri, hiasi peribadi. Senyum selalu ^____^
Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.
Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.
Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasa disayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi kalian semua. hidup ini tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti.
belajarlah mengargai semua yang kita ada
ditujukan khas buat semua sahabat sahabat saya yang dikasihi
selak selak diari lama sayaa terjumpa sesuatu. puisi pertama yang saya ciptakan untuk kedua orang tua saya semasa saya di bangku sekolah dulu~
(maksud selak selak diari, diari dalam otak~ hehehe! ^_^)
♥
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
Besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah
Bila magfirahMu telah mencapai mereka sebelumku :(
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemulianMu
AmpunanMu serta rahmatMu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih antara semua pengasih
Aamiin Allahuma Aamiin :)
I LOVE IBU & BABA :)
For what you have done till now for me
For what you have given me till today
For what you are doing for me
And for what you will do for me :'')
**
p/s : hm~ terlalu banyak yang ibu dan ayah kita korbankan demi kita anak-anaknya. so, kenapa masih ada mereka yang sanggup menghantar mereka di rumah orang orangtua? (tepuk dada, tanya selera~)
mengapa ada juga yang sanggup melihat mereka hidup susah? mengapa keluarga "baru" mu yang kau jaga sepenuhnya?
mengapa isteri kini yang menjadi harta yang lebih bernilai daripada kedua orang tuamu?
mengapa, mengapa, dan mengapa? tidakkah kau ingat kasih sayang mereka kepadamu? lupakah sudah kamu pada pengorbanan mereka? dan pernah sekali kau katakan, "sekiranya aku berjaya kelak, kamu akan hidup senang~" manakah semua kata-katamu itu??
bila hidup senang tanpa ayah dan ibu, bagaikan hidup tanpa cahaya~
Hargai ibu bapa anda sebelum terlambat !! Ingat yea anak anak yang comel sekalian :)